SEMALAM Timbalan Speaker Dewan
Rakyat dan juga wakil rakyat DAP, Nga Kor Ming mengatakan bahawa jika
Umno dan PAS memerintah, Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan di
bawah Taliban.
Ini adalah suatu kenyataan yang cuba
menakut-nakutkan kaum bukan Melayu di Malaysia supaya menentang
penyatuan orang-orang Melayu.DAP
lebih untung jika orang-orang Melayu berpecah belah sebab bila orang
Melayu berpecah mereka boleh menang pilihan raya dan memerintah negara
seperti sekarang.
Perjuangan DAP dan PH ini tidak ada asas moral malah amat keji kerana mereka mahu berkuasa di atas perpecahan orang lain.
Mereka menuduh Umno dan PAS rasis.
Namun hakikatnya, mereka (DAP dan PH) lah yang rasis.
Dalam sejarah dunia, pihak yang mahu
golongan majoriti berpecah dan lemah supaya mereka (pemecah belah ini)
boleh berkuasa adalah pihak yang rasis kerana mereka mahu memerintah
melalui perpecahan kaum dan kelemahan majoriti.
Ini sama seperti yang berlaku dalam
kerajaan apartheid di Afrika Selatan dari tahun 1948 sehingga 1994 di
mana kaum minoriti kulit putih memerintah majoriti etnik kulit hitam
yang berpecah belah selama berdekad lamanya sehinggalah Presiden Mandela
menyatupadukan orang-orang kulit hitam dan merampas kuasa.
Adalah tidak mustahil jika Kerajaan PH
ini terus memerintah, suatu hari nanti Malaysia akan jadi negara
apartheid seperti Afrika Selatan dahulu di mana golongan minoriti
memerintah golongan majoriti secara rasis dan kuku besi.
Malaysia tidak akan jadi negara Taliban seperti yang ditakut-takutkan oleh Nga Kor Ming.Namun tidak mustahil Malaysia akan menjadi negara apartheid di bawah DAP.- HARAKAHDAILY
*Penulis ialah Presiden Pertubuhan Jalinan Sukarelawan Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan