KOTA BHARU: DAP dinggap panas punggung apabila kertas siasatan skandal terowong yang mempalitkan nama besar parti itu dikatakan bocor.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan
Nazman Che Iberahim berkata, pemimpin parti itu terpaksa melakukan
agenda secara terancang dan bersusun bagi menutup rapat isu tersebut.
Katanya, mereka sedang berusaha keras bagi mengalih isu berkenaan biarpun dibangkit bertalu-talu pembangkang di Dewan Rakyat.
“Namun malangya mereka diam membisu dan tidak mahu menjawab persoalan berkaitan skandal tersebut.
“Tiba-tiba mereka melontar peluru
terhadap Kelantan pula dalam isu panggung wayang yang sudah tidak ada
dalam radar rakyat negeri ini,” katanya di sini.
Adun DAP Keranji Chong Zhemin dilaporkan
mempersoalkan tindakan kerajaan Kelantan mengharamkan panggung wayang
biar pun terdapat kes HIV yang tinggi.
Nazman yang juga Timbalan Pengarah
Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri berkata, wakil rakyat terbabit jelas
ketinggalan zaman menggunakan modal yang basi.
Skandal projek terowong bawah laut di
Pulau Pinang disifatkan blogger terkenal Raja Petra Kamaruddin ada
kaitan dengan pemimpin kanan DAP. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan