Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi optimis Barisan Nasional (BN) mampu mencipta kebangkitan dalam tempoh terdekat ini kerana rakyat mula kesal selepas 100 hari negara ditadbir Pakatan Harapan (PH).
Pengerusi BN itu berkata, sekiranya pembangkang berjaya menang mahupun mengurangkan majoriti PH dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK), memberi isyarat jelas kegagalan parti pemerintah kini.
“Saya yakin jika kita dapat ,menurunkan undi calon PH dan mengurangkan majoriti serta mempertingkatkan undi kita (pembangkang), ia adalah signal kuat bahawa kita akan bangkit semula sebagai kerajaan satu ketika nanti dalam waktu terdekat,” katanya selepas melawat Bilik Gerakan calon MCA Tan Chee Teong di Batu 11 Cheras di sini pada Khamis.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, PRK Balakong adalah pentas untuk menentukan BN dan MCA terus relevan dengan mempereratkan kerjasama rakan-rakan komponen dan NGO.
“Kita akan perjelaskan kepada pengundi dan masyarakat di Balakong selepas kebencian yang ditanamkan lawan selama dua puluh tahun terhadap MCA, UMNO melekat di hati rakyat.
“Saya juga melihat tiga PRK di Selangor berturut turut secara kebetulan selepas PRU adalah satu isyarat Tuhan yang memperlihatkan kita meletakkan calon UMNO di Sungai Kandis, PAS di Seri Setia dan MCA di Balakong.
“Ia satu ujian Maha Esa terhadap keakraban kita (UMNO dan MCA) yang akan terus terjalin dengan rakan baharu (PAS),” katanya.
Katanya, Beliau yakin calon MCA, Tan Chee Teong akan menerima sokongan dan undi daripada pengundi Melayu, Cina dan India serta PAS untuk mewakili mereka ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan