Jumaat, 7 September 2018

NEGARA KEHILANGAN KERAJAAN YANG BAIK



Negara kehilangan kerajaan yang sangat baik apabila keputusan pilihan raya umum (PRU) lalu menyaksikan Pakatan Harapan (PH) menawan Putrajaya, kata Anggota Jawatankuasa Pusat PAS, Sallehen Mukhyi.

Katanya realiti menunjukkan taraf kehidupan rakyat semakin teruk di bawah kerajaan PH.

“Bukan sekadar Melayu (hilang kuasa) tapi rakyat hilang kerajaan yang sangat baik.

“(Kita) ingatkan apabila mereka (PH) dapat tumbangkan BN, maka rakyat dapat bernaung dengan baik bawah PH, tapi apa yang berlaku ialah rakyat berasakan taraf kehidupan semakin teruk.

“Ini yang pertama sekali dilihat rakyat marhaen,” katanya lapor media pada satu sidang media di Bilik Operasi Induk PRK Seri Setia di Shah Alam pada Khamis.

Selain itu, Sallehen yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor turut berkata selain kekuasaan, umat Islam negara ini turut dicabar dengan ancaman syiah dan liberal.

Malah menurutnya ancaman berupa akidah seperti ini lebih teruk berbanding isu kekuasaan kaum Melayu.

“Hari ini bagi saya jika kita cakap tentang isu Melayu, tapi sebenarnya ia merentasi kehidupan orang Islam yang semakin terhimpit, bentuk kehidupan umat islam bercelaru dengan fahaman yang masuk.

“Bukan setakat liberal, amalan Syiah terbuka mengancam akidah, itu saya fikir isu lebih besar daripada kekuasaan (orang Melayu).

Justeru itu menurut beliau, agenda liberal melampau yang diperjuangkan DAP wajar dihalang kerana mampu merosakkan amalan beragama di negara ini.

“Hari ini dalam kerajaan PH yang paling mendominasi ialah DAP.

“Jadi sebab tu saya percaya rakyat melihat mereka mempunyai agenda tersendiri, bukan sekadar melupakan kekuasaan orang Melayu tapi pada waktu sama menghakis semangat hidup beragama dalam negara,” katanya.


Tiada ulasan: