PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyoal Datin Seri Rosmah Mansor untuk kali ke-2 esok.
Sumber memberitahu FMT bahawa agensi anti-rasuah itu sudah memberikan notis kepada isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu.
Rosmah pertama kali disoal SPRM pada 5 Jun lalu untuk membantu siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd, iaitu bekas anak syarikat 1MDB.
Keputusan SPRM menyoal rosmah ini hampir 24 jam selepas Ketua Pesuruhjaya Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mengumumkan penyiasat sudah melengkapkan siasatan ke atas Rosmah dan sudah menyerahkan kertas siasatan kepada peguam negara.
Pada 20 September, media melaporkan SPRM sebagai berkata ia tidak menolak kemungkinan Rosmah akan didakwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan