Selasa, 25 September 2018

PEMILIHAN PKR: TINDAKAN TERHADAP SAIFUDDIN DAN JPP – HANIZA

Wartawan Watan Online



Parti Keadilan Rakyat (PKR) didesak untuk mengambil tindakan tegas diambil terhadap Setiausaha Agung,Saifuddin Nasutiondan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) itu.

EXCO Kerajaan Selangor, Haniza Talha berkata,  ini kerana hari pertama pemilihan, PKR telah berdepan dengan kegagalan sistem e-voting yang digunakan.

“Amaran dan desakan oleh pimpinan dan ahli kepada Setiausaha Agung tentang sistem baru yang dikhuatiri kemampuan, ketelusan dan kestabilan telah dinyatakan berkali-kali, namun tidak diambil perhatian.

“Perkara yang dikhuatiri akan berlaku sudah terjadi dan JPP tidak bersedia langsung dengan kemungkinan kegagalan sistem sehingga terpaksa membatalkan proses pemilihan di negeri-negeri.

“Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini mewajarkan keputusan yang tegas diambil oleh kepimpinan tertinggi parti terhadap Setiausaha Agung dan JPP.

“JPP patut digantikan dengan badan bebas seperti Bersih untuk mengendali proses pemilihan kali ini,” katanya dalam kenyataan media pada Ahad.

Mengulas lanjut, Haniza yang juga calon Ketua Wanita PKR berpandangan, Setiausaha Agung harus bersifat neutral dalam urusan pengendalian pemilihan, kerana beberapa kali telah dilihat menzahirkan sokongan kepada calon yang bertanding.

“Wanita mendesak kepimpinan tertinggi parti membuat keputusan serta bertindak segera bagi membetulkan kegagalan proses pemilihan yang telus dan bersih dapat dilaksanakan,” katanya.

Keputusan rasmi pemilihan PKR di Kedah dibatalkan selepas hanya enam daripada 15 cabang di negeri itu dapat menjalankan proses pengundian.

Selain itu, polis turut menahan 10 lagi lelaki dipercayai terlibat menimbulkan kekecohan semasa pemilihan PKR Cabang Merbok sehingga menyebabkan kecederaan.


Tiada ulasan: