Rabu, 26 September 2018

Bekas pengerusi TH, abang, saudara dibawa ke mahkamah


bekas pengerusi dibawa ke mahkamah
 
 
PUTRAJAYA - Bekas pengerusi Tabung Haji (TH) dan abangnya serta seorang saudaranya yang ditahan semalam, tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kesemua suspek tiba jam 10.30 pagi diiringi oleh pegawai SPRM.

Bekas pengerusi  berkenaan, abang dan saudaranya yang juga merupakan seorang pengarah syarikat memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari.

Hampir 20 orang penyokongnya berkumpul di mahkamah sejak jam 7 pagi bagi menyatakan sokongan kepada suspek.

Prosiding tahanan reman dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman manakala barisan peguam diketuai Datuk Seri  Jahaberdeen Mohamed Yunoos dan Datuk S Devanandan.

Bekas Pengerusi itu ditahan SPRM  selepas hadir  memberi keterangan manakala abangnya ditahan di Sungai Buloh jam 11.30 pagi.

Sementara itu saudara bekas pengerusi berkenaan yang berusia 30-an itu ditahan petang semalam selepas hadir memberi keterangan.

Mereka disiasat berhubung dakwaan menerima suapan daripada sebuah syarikat kontraktor bernilai jutaan ringgit.

[ARTIKEL BERKAITAN: SPRM tahan Azeez Rahim, abang]

Tiada ulasan: