Selasa, 25 September 2018

Bekas Imam Masjid Negara antara 4 tokoh sertai AMANAH

Bekas Imam Masjid Negara antara 4 tokoh sertai AMANAH



Bekas Imam Masjid Negara, Datuk Ustaz Hassan Mahmood al-Hafiz diumum menyertai AMANAH pada sambutan ulang tahun parti itu kali ketiga di Temerloh hari ini.

Pengumuman keahlian rasmi tokoh al-Quran berkenaan dibuat oleh Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar.

Walaubagaimanapun, Ustaz Hassan tidak dapat hadir kerana difahamkan baharu pulang dari Makkah.

Selain itu, pakar robotik dan mekatronik, Izuwan Mohamad juga menyertai AMANAH.

Anak muda yang hadir di Dewan Tun Razak dengan berpakaian lengkap baju Melayu berwarna oren itu juga merupakan anggota Dewan Ekonomi Usahawan Malaysia.

Turut diisytihar menjadi ahli AMANAH ialah bekas pimpinan mahasiswa Kamarazaman Yacob dan personaliti fesyen, Wak Doyok.

Sementara itu, Mahfuz mengingatkan agar ahli AMANAH tidak memutuskan hubungan silaturrahim dengan ahli Pas dan penyokong parti pembangkang lain.

“Kita hanya putus dengan Pas tapi tidak putus dengan ahli-ahli Pas untuk ajak mereka menyertai AMANAH,” serunya.

Sehubungan itu, Mahfuz merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kempen Keahlian AMANAH berkata, pihaknya menyasarkan keahlian sebanyak 50,000 orang.

“InsyaAllah, kita akan menggerakkan aktiviti dengan mengetengahkan wajah tokoh yang menyertai AMANAH,” ujar Ahli Parlimen Pokok Sena itu

Tiada ulasan: