Jumaat, 7 September 2018

KADAR GAJI BAHARU HINA 15 JUTA PEKERJA

Wartawan Watan-Online



Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan menghina 15 juta tenaga kerja apabila mengumumkam kadar baharu gaji minimum sebanyak RM1,050.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dari DAP menggesa kerajaan mengkaji semula perkara itu selain mendakwa PH tidak jujur kerana ia bercanggah dengan manifesto pilihan raya.

“Oleh kerana gaji minimum akan disemak setiap dua tahun, semakan seterusnya akan berlaku pada 2020 dan 2022.

“Dengan kenaikan RM50 tahun ini, mustahil kerajaan boleh naikkan gaji minimum ke RM1,500 dalam tempoh masa lima tahun ini, seperti yang diikrarkan dalam kempen pilihan raya kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Gaji minimum ketika ini ditetapkan pada kadar RM1,000 sebulan di Semenanjung Malaysia dan RM920 di Sabah dan Sarawak. Paras bahru akan berkuatkuasa yang diseregamkan itu akan berkuatkuasa pada 1 Januari tahun depan.

Charles berkata Perdana Menteri harus menjelaskan kepada rakyat rasional sebalik angka RM1,050 itu.

Ini kerana kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri mendakwa keputusan dibuat selepas mengambil kira cadangan-cadangan Majlis Perundingan Gaji Negara.

“Oleh kerana majlis mencadangkan RM1,250, saya menggesa kerajaan mendedahkan laporan majlis itu bersama ramalan kesan pelaksanaan gaji minimum pada RM1,500.

“Memandangkan hujah popular mengatakan gaji minimum lebih tinggi akan menyebabkan syarikat-syarikat ditutup lalu membawa kepada pengangguran, saya juga menggesa kerajaan sediakan bukti dan membuktikan dakwaan-dakwaan itu,” katanya.

Beliau berkata kenaikan kecil RM50 itu tidak mengambil kira kenaikan harga harga barangan dan perkhidmatan asas.

Katanya, kumpulan berpendapatan rendah akan berdepan lebih banyak kepayahan jika struktur gaji baharu tidak memihak kepada golongan pekerja.

Tiada ulasan: