Isnin, 24 September 2018

Terima kasih P. Pinang, kata Azmin yang kini 1, Rafizi 0

Manzaidi Mohd Amin

Menteri Hal Ehwal Ekonomi merangkap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Azmin Ali (kanan) berbual dengan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli (kiri) ketika hadir di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 21 SEPTEMBER 2018
Menteri Hal Ehwal Ekonomi merangkap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Azmin Ali (kanan) berbual dengan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli (kiri) ketika hadir di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya, Selangor. foto FAREEZ FADZIL
 

KUALA LUMPUR – Penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului 1 – 0 dari pencabarnya, Rafizi Ramli dalam pemilihan parti di Pulau Pinang, semalam.

Bagaimanapun, keputusan di Kedah yang secara tidak rasmi dikatakan memihak kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu terpaksa ditangguhkan berikutan berlaku pergaduhan di kalangan ahli.

“Terima kasih Pulau Pinang,” ucap Mohamed Azmin ringkas menerusi akaun Twitter beliau hari ini.

Dalam pemilihan di negeri itu kelmarin, Azmin mendapat lapan undi, manakala Rafizi memperoleh lima undi daripada 13 Cabang PKR.

Bagaimanapun, berdasarkan keputusan itu, bekas Menteri Besar Selangor itu belum dapat menghela nafas lega kerana kemenangan di Pulau Pinang agak tipis, iaitu dengan majoriti tiga undi.

Rafizi selaku pencabar tunggal dalam perebutan jawatan nombor dua PKR itu boleh pada bila-bila masa mengatasi jumlah undi diperolehinya, memandangkan 13 negeri lagi belum bersidang termasuk Kedah yang ditangguhkan. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: