Ahad, 16 September 2018

Tolak UEC, pertahan bahasa Melayu

Wartawan MalaysiaGazette

xmuktamar-681x385
Suanasa Muktamar Pas yang sedang berlagsung di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Pusat digesa tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dalam syarat kemasukan ke universiti-universiti awam dan sektor awam.

Usul tersebut dicadangkan oleh Ulama Pas dalam Muktamar kali ke-64 di sini.
Katanya, kedudukan bahasa Melayu perlu dipertahankan sebagai bahasa rasmi.

“Kami menjemput para pendidik, ahli bahasa, aktivis kebudayaan dan pertubuhan bukan kerajaan untuk bersatu dalam perkara ini dan membantah cadangan untuk mengiktiraf UEC,” menurut usul tersebut.

Isu UEC mendapat perhatian berikutan ia merupakan janji manifesto Pakatan Harapan untuk mengiktiraf UEC,

Cadangan itu telah mendapat bantahan banyak pihak yang bimbang pengiktirafan itu akan menjejaskan kedudukan bahasa Melayu, selain mengambil kira isu-isu lain termasuk kurikulum UEC dibuat oleh Dong Zong.

Bantahan daripada para akademik daripada pelbagai kaum turut menyuarakan tindakan mengiktiraf UEC menunjukkan jahil Perlembagaan.

Mengambil kira bantahan yang diterima, Kementerian Pendidikan memaklumkan memerlukan lima tahun sama ada pengiktirafan itu dapat dibuat atau sebaliknya. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: