SHAH ALAM - Jenazah bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Tan Sri
Abu Hassan Omar selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, di sini,
jam 2.30 petang tadi.
Majlis pengebumian arwah dihadiri Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan berangkat ke makam berkenaan dan baginda turut diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin Abdul Rahman.
Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan bekas Menteri Kesejahteraab Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.
Sebelum itu, bekas menteri besar Selangor ke-12 itu dimandikan dan disolatkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.
Allahyarham Abu Hassan, 78, meninggalkan balu, Puan Sri Wan Noor Daud, 76 dan empat anak berusia antara 41 dan 54 tahun, selain 15 cucu.
Abu Hassan adalah menteri besar Selangor yang memimpin negeri dari 6 Jun 1997 sehingga 9 Ogos 2000, bagi menggantikan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Sebelum itu, Abu Hassan pernah menganggotai Kabinet negara bermula 1981 dengan dengan menjawat jawatan Menteri Kebajikan Masyarakat, Menteri Wilayah Persekutuan, Menteri Luar Negeri dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Beliau juga memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor, dari 2005 hingga kini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan