Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, meskipun Harapan meletakkan Amanah sebagai strategi untuk menang di sana namun tindakan sedemikian dilihat masih belum berupaya menarik sokongan pengundi Pantai Timur.
Menurutnya, senario politik di sana agak berbeza dan ‘istimewa’ kerana tidak kira apa dilakukan mahupun pelbagai pendedahan dikongsi, masyarakat tetap mahukan Kelantan terus menjadi benteng Pas.
“Di Kelantan dan Terengganu, walaupun biasa kita sebut pentingnya pembangunan, dia ada satu keistimewaan luar biasa di Kelantan. Pembangunan tapi cara Isley (Islam) kata dia jadi apa yang kita buat ini kurang Isley.
“Ini psiko (pemikiran) masyarakat Islam Kelantan. Kadang-kadang kita pun tak boleh nak faham apalah bezanya di sana dan di sini. Sebagai contoh, di sini apa kita buat pun Islam, pembangunan Islam, ekonomi Islam, sosial Islam, pendidikan Islam,” katanya.
Tambah Muhyiddin, kerajaan persekutuan berupaya untuk membantu rakyat di sana namun beliau hairan mengapa masyarakat masih memilih Pas untuk memimpin mereka.
“Kita ada upaya untuk bantu lebih banyak tapi masih nak sokong kerajaan Pas yang setiap tahun tak punyai dana cukup untuk biayai pentadbirannya sendiri.
“Takpelah yang penting menerusi Pas kita masuk syurga. Jadi ini sudah terbenam dalam pemikiran mereka dan di nakkan Kelantan jadi benteng Pas,” ujarnya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian dan Malaysiakini di kediamannya di Bukit Damansara, di sini.
Meskipun situasinya begitu, Ahli Parlimen Pagoh itu merasakan keadaan tersebut boleh berubah sekiranya kerajaan terus menunjukkan prestasi baik sekaligus mampu menarik sokongan rakyat di sana.
“Saya percaya ini tren yang akan berlaku sehingga satu keadaan yang akan datang, susah saya nak ramalkan.
“Kalau mereka lihat Pakatan Harapan adalah kerajaan yang lebih kuat, berupaya bantu ora
ng Islam, mungkin kita boleh dapat sokongan lebih pada masa akan datang,” katanya.
Tambahnya, beliau optimis corak pemikiran masyarakat Pantai Timur sekarang boleh berubah kerana Pas juga pernah jatuh sebelum ini.
“Tapi dalam keadaan sekarang, mungkin ia kekal begitu sampai PRU akan datang,” tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan