Dalam ucapan ringkasnya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Lokman mendakwa Menteri Kewangan Lim Guan Eng melalui kementeriannya telah membuat dua transaksi sebanyak RM5 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Lim Guan Eng telah buat dua pemindahan tunai yang sangat mencurigakan sebelum bermulanya kes Datuk Seri Najib (Razak).
"Pertama, pada 23 Mei 2018, dokumen... telah disediakan oleh kementerian kewangan berjumlah RM2.5 juta dari akaun MOF (Kementerian Kewangan) ke akaun bank SPRM.
"Manakala transaksi kedua pada 27 Julai... untuk tujuan pindahan sebanyak RM2.5 juta ke akaun bank SPRM," katanya.
Lokman berkata pihaknya membuat laporan hari ini untuk SPRM menyiasat jika transaksi ini dibuat untuk memastikan Najib didakwa atau ia rasuah bagi memastikan kes Lim digugurkan.
Walapun bagaimana pun himpunan yang diketuai anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam di Jalan Tuanku Abdul Rahman semalam gagal berlangsung seperti yang dirancang apabila disekat oleh pihak polis.
Sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi diketuai ACP Shaharudin Abdullah menyekat perarakan berkenaan dan mengarahkan kira-kira 50 pesertanya bersurai.
Polis juga didakwa merampas mikrofon daripada Lokman.
Penunjuk perasaan yang dipimpin Lokman mula berarak ke arah ibu pejabat polis Dang Wangi.
Dihadang polis, penunjuk perasaan berundur kembali ke pintu masuk Sogo dan mereka dikepung anggota polis termasuk pasukan Light Strike Force.
Lokman terus berucap dan pihak polis beberapa kali memintanya berhenti.
Himpunan yang bermula sekitar jam 9 malam tadi bersurai pada jam 10.30 malam.
Lokman pada sidang akhbar kemudiannya berkata Shaharudin tidak profesional dan pihak polis telah mengoyakkan salinan laporan polis yang dibuatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan