S.M MOHAMED IDRIS
PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) sangat kecewa
dengan isu Imams (Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu) dan bagaimana ia
telah dikendalikan.
Majlis Kawalselia Umrah (MKSU) mendakwa bahawa Imams telah ditubuhkan
untuk menghentikan penipuan Umrah yang semakin meningkat setiap tahun.
Berlanjutan dari ini, persoalan yang harus diketengahkan adalah
kenapa harus diwujudkan sebuah sistem yang akan diuruskan oleh syarikat
pihak ketiga dan yang akan menyebabkan jemaah Umrah menanggung kos
RM90.10 tambahan atas kos yang mereka akan bayar untuk menunaikan ibadah
Umrah?
Selain itu, sejurus Imams dibatalkan, Timbalan Menteri Pelancongan
dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin telah menyatakan bahawa
mereka akan mewujudkan satu mekanisme baru untuk menentang penipuan
Umrah.
Sekali lagi kami bertanya mengapa perkara sedemikian diperlukan.
Lesen Khas Umrah yang diberikan kepada agensi pelancongan yang mempunyai
status Muassasah (kebenaran untuk mengurus jemaah haji) dikeluarkan
oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPKM). Kenapa
jabatan penguatkuasaan kementerian tersebut tidak mengambil tindakan
terhadap penipu ini?
CAP berpendapat langkah yang bijak adalah bagi Tabung Haji mengambil
alih pengurusan kedua-dua lesen untuk Haji dan Umrah dan tidak
melibatkan KPKM.
Ini kerana Tabung Haji sudah mempunyai mekanisme yang diperlukan, dan
pendekatan yang terakhir perlu dilakukan adalah hanya untuk
menggabungkan perkara-perkara berkaitan Umrah ke dalam mekanisme yang
sedia ada.
Seawal September 2016, CAP telah menghubungi Tabung Haji mengenai
peningkatan kadar penipuan Umrah. Statistik penipuan Umrah yang kami ada
pada masa itu, yang diambil daripada Tribunal Tuntutan Pengguna
Malaysia, menunjukkan terdapat 2761 mangsa dari tahun 2012 hingga 2015
dengan anggaran kerugian sebanyak RM19 juta.
Pada Januari 2017, Tabung Haji bermaklumbalas bahawa mengikut Akta
Tabung Haji 1995 (Akta 535), perkara-perkara yang berkaitan dengan Umrah
tidak termasuk di bawah bidang kuasa mereka. Pada Oktober 2017, Tabung
Haji telah memaklumkan bahawa walaupun Haji adalah ibadah bermusim,
namun persediaan untuk Haji dilaksanakan sepanjang tahun; dan ia memang
patut untuk MKSU, yang ditubuhkan 3 tahun lalu di bawah KPKM, untuk
mengendalikan perkara-perkara ibadah Umrah. Ini diberitahu selepas kami
mencadangkan bahawa Tabung Haji mengambil alih urusan Umrah kerana
penipuan-penipuan Umrah yang masih berleluasa di bawah KPKM.
Kami menggesa bahawa Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) dipinda bagi
memasukkan perkara-perkara ibadah Umrah ke dalam akta tersebut, seperti
kami telah menggesa dari hari pertama kami tujukan isu penipuan umrah.
Kami juga mencadangkan bahawa Tabung Haji mengambil lebih ramai
kakitangan, bahawa pekerja mereka mempelajari kemahiran pengurusan dan
bahawa mereka memperbaharui sistem mereka jika perlu. Mereka mesti
melakukan semua yang diperlukan untuk membolehkan Tabung Haji menjadi
badan yang mengendalikan hal ehwal umrah.
Kami percaya ini adalah cara terbaik untuk menghapuskan penipuan-penipuan Umrah daripada berlaku.– HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan