Oleh Syed Mu'az Syed Putra
SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin mengesahkan ada wakil rakyat
serta pimpinan parti yang 'hatinya' bersama Pakatan Harapan (PH) tetapi
enggan meninggalkan parti gara-gara terikat dengan bai'ah yang
dilafazkan sebelum ini.
Ketika dihubungi Antarapos, Hashim mengakui perkara itu namun enggan mendedahkan nama individu-individu berkenaan.
"Ya, saya juga mengakui demikian kerana tngkah laku beberapa orang Yang
Berhormat yang masih berada dalam PAS secara terang-terangan menyokong
atau menyebelahi PH dalam situasi yang ada sekarang ini.
"Itu betul tapi tak ramai, beberapa kerat sahaja dan saya rasa masyarakat telah tahu siapa mereka," katanya.
Diminta sekali lagi mendedahkan nama individu berkenaan beliau
bagaimana tetap dengan pendiriannya namun memberitahu rakyat sudah tahu
siapa yang dimaksudkan.
"Saya rasa tak perlu saya nak sebut sesiapa kerana pada pandangan saya orang dah tahu siapa mereka itu," katanya.
Sebelum ini, ADUN Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah bertindak keluar
daripada PAS untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Amirudin juga tidak menolak akan ramai yang bakal mengikuti jejak
langkahnya meninggalkan PAS berikutan tidak bersetuju dengan tindakan
parti itu enggan bersama-sama menyertai PH.
PAS nekad dengan keputusannya enggan menyertai gabungan PH selepas
memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP, sebaliknya menubuhkan
Gagasan Sejahtera (GS) bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan
Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), menuju Pilihan Raya Umum
ke-14 (PRU14).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan