Sudah menjadi
kelaziman kebanyakan orang makan makanan yang masih panas dan ada juga
dalam kalangan mereka yang menghangatkan semula makan sebelum
menikmatinya semula.
Namun, tahukah anda bahawa tidak semua
makanan yang dipanaskan semua biarpun bagi anda, rasa makanan itu tetap
sama dan adakalanya mungkin lebih sedap,
Biarpun begitu, sebenarnya tubuh kita tidak
‘merelakan’ makanan yang dipanaskan semula kerana beberapa makanan
mungkin menjadi racun apabila dihangatkan semula dan boleh menyebabkan
kanser.
Berikut merupakan tujuh jenis makanan yang boleh menjadi racun jika dipanaskan semula:-
Ayam
Daging ayam sangat sedap dan menggiurkan ketika
panas namun adalah lebih baik tidak dipanaskan semula apabila makanan
itu sudah sejuk. Protein yang terdapat dalam daging ayam akan berubah
mengikut caranya dipanaskan serta boleh mengganggu sistem pencernaan.
Jika terpaksa, panaskan dengan api yang kecil dalam tempoh waktu yang
singkat.
Bayam
Siapa yang tida gemarkan bayam? Kebanyakan
daripada kita sukakannya apatah lagi bayam sangat baik untuk gizi tubuh.
Jadi, tidak hairanlah jika ada suri rumah yang menyimpan bayam dalam
nisbah yang besar untuk dimakan hingga ke sebelah malam.
Itu tidak salah namun lain ceritanya jika bayam
kerap dipanaskan. Sayuran ini mengandungi nitrat yang akan berubah
menjadi campuran nitrat ketika dipanaskan. Nitrat inilah yang akan
menyebabkan seseorang itu diserang kanser.
Kentang
Kentang merupakan salah satu sumber makanan yang
cukup popular kerana boleh disajikan dalam pelbagai bentuk. Namun,
kentang selepas dipanaskan semula, nutrisi yang terkandung di dalamnya
akan hilang.
Sama seperti bayam, kentang akan mengalami
proses pengoksidaan ketika dipanaskan. Proses tersebut akan membuatkan
tubuh berdepan campuran racun berbahaya.
Telur
Telur merupakan makanan sihat yang mengandung
vitamin A, kalsium, vitamin B6, vitamin B12, dan fosforus. Telur akan
menjadi bahaya jika tidak digunakan segar.
Gorengan
Makanan yang digoreng sememangnya menjadi
pilihan namun jangan sesekali mengambil langkah memanaskannya semula.
Seperti sedia maklum, menggoreng memerlukan banyak minyak ketika
melakukannya.
Jadi, jika dipanaskan semula, makanan tersebut
akan mengandungi lebih banyak minyak sekali gus menyebabkan kadar
kolesterol menjadi semakin tinggi.
Cendawan
Cendawan juga boleh menyebabkan gangguan sistem
pencernaan jika dipanaskan semula. Apa pun cara memasak cendewan sama
ada digoreng atau dibuat sup, adalah lebih baik tidak dipanaskan semula.
Ini kerana tindakan tersebut akan menyebakan protein dalam cendawan hilang dan senyawa jahat akan masuk ke tubuh.
Santan
Kebanyakan makanan lazat mempunyai santan.
Biarpun mempunyai rasa yang sedikit berbeza ketika sejuk atau dingin,
lebih baik dimakan begitu sahaja.
Ketika santan dipanaskan semula, lemak yang terdapat dalam santan akan bertukar menjadi lemak jahat seterusnya meningkatkan jumlah kolestrol. - DETIK.COM
Ketika santan dipanaskan semula, lemak yang terdapat dalam santan akan bertukar menjadi lemak jahat seterusnya meningkatkan jumlah kolestrol. - DETIK.COM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan