Selasa, 3 Oktober 2017

Polis tahan wanita terlibat kes kecurian perabot rumah

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA TERENGGANU: Seorang pencuri wanita tumpas apabila ditahan oleh polis di sebuah rumah di taman perumahan di Cabang Tiga.
 
Suspek dipercayai terlibat dengan beberapa kes kecurian di sekitar Kuala Lumpur dan Johor.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid turut memaklumkan individu berkenaan turut dikehendaki oleh beberapa kontinjen negeri lain berkenaan kes curi di bawah 
Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu.
 
“Modus operandi wanita itu ialah dengan menyewa rumah yang lengkap dengan perabot daripada pengadu selama beberapa bulan sebelum menghilangkan diri bersama kelengkapan rumah berkenaan.

 
“Polis merampas sebuah kereta Toyota Vios yang didaftarkan atas nama suspek dan satu set anak kunci rumah,” kata Fazlisyam dalam kenyataan medianya.
 
Polis percaya penahanan wanita itu akan menyelesaikan 12 kes curi di Ampang, Karak, Dengkil, Karak, Benut, Bandar Hilir, Pontian, Ayer Baloi, Jalan Tun Razak (dua kes), Putra Perdana dan Salak South.
 
Suspek juga akan dibawa ke mahkamah pada esok hari untuk mendapatkan perintah reman.
 
 

Tiada ulasan: