Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Ketua Pegawai Eksekutif
iM4U, Rudy Malik (dua kiri) memeriksa barang misi bantuan yang akan
dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Shah Amanat, Chittagong,
Bangladesh sempena Pelancaran misi ketiga Negaraku Prihatin, Misi
Kemanusiaan Untuk Rohingya di Pangkalan MAS Kargo, Sepang. foto HAZROL
ZAINAL
SEPANG – Malaysia terus menunjukkan sokongan padu kepada
rakyat Islam Rohingya yang ditindas dengan menyalurkan bantuan sebanyak
56.6 tan berupa bantuan keperluan harian kepada pelarian yang sedang
berlindung di sempadan Bangladesh-Myanmar.
Buat kali ketiga, misi ini dikoordinasikan oleh 1Malaysia for Youth
(iM4U) dengan kerjasama Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan Malaysia
Airports Holdings Berhad (MAHB).
“Negaraku Prihatin, Misi Kemanusiaan Untuk Rohingya” itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
Beliau meluangkan masa selama setengah jam bagi meninjau persiapan bantuan berkenaan.
“Malaysia bertegas menyuarakan bantahan terhadap penindasan etnik
Rohingya di Myanmar dan menyeru negara-negara lain untuk segera
menyalurkan bantuan kepada pelarian Rohingya yang mencari perlindungan
di Bangladesh,” ujar Najib dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat
Perdana Menteri.
Turut hadir menyaksikan penyerahan bantuan itu adalah Ketua Pegawai
Eksekutif MAB, Kapten Izham Ismail, dan Pengarah Urusan MAHB, Datuk
Badlisham Ghazali.
Antara bantuan keperluan yang dihantar ke Bangladesh adalah barang
keperluan harian seperti biskut, tuala wanita, sabun, berus gigi, lampin
pakai buang, selimut dan beberapa keperluan lain.
Barangan tersebut akan dihantar ke Bangladesh melalui penerbangan MAB Kargo A330-300.
Pengagihan barang-barang keperluan ini di Bangladesh akan diuruskan
oleh iM4U, mewakili Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama pihak
kerajaan Bangladesh.
Awal September lalu, Najib membuat pelepasan tim tinjauan Misi
Kemanusiaan Pelarian Rohingya ke Chittagong, Bangladesh di Pangkalan
Udara Subang. Pesawat
MAS Kargo A330-300 yang akan membawa barang misi bantuan ke Lapangan
Terbang Antarabangsa Shah Amanat, Chittagong, Bangladesh sempena
Pelancaran misi ketiga Negaraku Prihatin, Misi Kemanusiaan Untuk
Rohingya di Pangkalan MAS Kargo, Sepang. foto HAZROL ZAINAL,
Dalam bantuan itu, seberat 12 tan telah diberikan kepada pelarian Rohingya.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid
Hamidi berkata Malaysia akan membina sebuah hospital medan di Cox’
Bazar, Bangladesh.
Ia dalam usaha untuk menyediakan bantuan perubatan serta membantu
pesakit-pesakit yang terdiri daripada pelarian-pelarian Rohingya.
Misi bantuan dijangka berlepas jam 2.45 petang dan dijangka tiba di
Lapangan Terbang Antarabangsa Shah Amanat, Chittagong, Bangladesh pada
4.25 petang waktu Malaysia. -MalaysiaGazette.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan