PARLIMEN l Laksamana Pertama (B)
Mohamad Imran Abd Hamid (PKR-Lumut) hari ini membuat kejutan di Dewan
Rakyat dengan beliau menegaskan bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370
menjunam di Laut China Selatan.
Katanya, kesimpulan itu dibuat berdasarkan pengalamannya sebagai anggota tentera laut dan teknologi radar.
"Hanya ada dua sebab sahaja (apabila pesawat hilang dari radar) - sama ada kapal terbang itu meletup ataupun menjunam ke laut," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, dirinya tidak yakin dengan teori yang mendakwa pesawat MH370 menuju dan menjunam ke Lautan Hindi ekoran tiada bukti pesawat tersebut menuju di laluan berkenaan.
"Tidak ada video yang membuktikan bahawa kapal terbang itu berpusing dan menuju ke Lautan Hindi, saya tuntut supaya kerajaan untuk tunjukkan saya radar video dari tentera udara yang boleh mengesan kapal terbang ini berpusing ataupun menjunam.
"Saya tetap mengatakan bahawa kapal terbang itu menjunam di Laut China Selatan, mengapa mereka tidak mencarinya di sana? Sedangkan terbukti selepas tiga tahun mencari di Lautan Hindi selatan tidak berjumpa," katanya.
Beliau juga memberitahu Dewan Rakyat bahawa pencarian semula harus diwujudkan semula dengan pasukan yang dianggotai warga Malaysia dan tidak memerlukan campur tangan pakar dari luar negara.
Mohamad Imran mengemukakan teori ini semasa Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi di Dewan Rakyat hari ini.
Pemimpin DAP itu ingin tahu adakah tawaran sebuah syarikat penerokaan dasar laut untuk meneruskan pencarian bangkai MH370 telah dipersetujui kerajaan dan langkah-langkah untuk memastikan tragedi MH370 tidak akan berulang.
Ab Aziz berkata, Malaysia masih meneliti tawaran syarikat penerokaan dasar laut berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity untuk memulakan misi baru, khususnya dari aspek bayaran.
Katanya, perkara itu perlu diperincikan kerana ia melibatkan bayaran antara AS$20 juta hingga AS$70 juta, seperti diminta syarikat berkenaan.
"Kita sedang berunding lebih terperinci tentang terma No Cure, No Fee syarikat itu, supaya bayaran hanya dibuat setelah benar-benar bangkai kapal terbang MH370 dijumpai dan disahkan oleh pihak ketiga.
"Kita juga memperincikan bayaran yang diminta kerana ia melibatkan bayaran yang amat tinggi," katanya ketika sesi soal jawab, hari ini.
MH370 hilang dari skrin radar sejurus selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing, pada Mac 2014.
Berdasarkan keterangan radar dan satelit, pencarian antarabangsa difokuskan di Lautan Hindi selatan.
Beberapa serpihan yang dipercayai dari MH370 terdampar di beberapa pulau-pulau di bahagian barat Lautan Hindi. Bagaimanapun, misi pencarian itu ditamatkan awal tahun ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan