Ahad, 22 Oktober 2017

Tanah runtuh: Mayat kelapan ditemui dihempap cerucuk besi

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PULAU PINANG: Pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemukan mayat kelapan mangsa tanah runtuh di tapak pembinaan di Jalan Lembah Permai di Tanjung Bungah di sini kira-kira pukul 4.30 petang tadi.
 
Penolong Ketua Pengarah Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat (PBA) Putrajaya, Edwin Galan Teruki berkata, mayat itu ditemui dalam keadaan dihempap runtuhan cerucuk besi.
 
“Ketika ini kerja-kerja memotong cerucuk besi berkenaan sedang dilakukan, sebahagian badan masih tertimbus dan kita hanya dapat melihat bahagian paha mangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Beliau memberitahu, kedudukan mangsa kelapan itu ditemui tidak jauh daripada mangsa ketujuh yang dijumpai pagi tadi.
 
“Saya menjangkakan kita akan dapat mengeluarkan mangsa kelapan ini dalam tempoh antara dua hingga tiga jam lagi," katanya

Tiada ulasan: