Ahad, 29 Oktober 2017

Bangladesh rancang langkah pemandulan sukarela untuk pelarian Rohingya

ISMA WEB



COX’S BAZAR – Bangladesh akan memperkenal langkah pemandulan secara sukarela kepada pelarian Rohingya yang membanjiri kem pelarian di negara itu.

Cadangan itu dikemukan selepas hampir sejuta pelarian tiba di Bangladesh, bahkan tiada ruang kosong untuk tempat tinggal baharu, ekoran usaha mengawal kelahiran dalam kalangan pelarian gagal.

Ketua Perkhidmatan Perancangan Keluarga Cox’s Bazar, Pintu Kanti Bhattacharjee berkata, sehingga hari ini, etnik Rohinga masih kurang kesedaran berhubung kelahiran anak.

Katanya, pelarian Rohingya dengan ahli keluarga yang ramai di dalam khemah seperi perkara normal.

“Katanya, ada dalam kalangan ibu bapa memiliki lebih 19 orang anak dan kebanyakan lelaki Rohingya mempunyai lebih seorang isteri,” katanya.

Justeru beliau berkata, pihak berkuasa akan melancarkan usaha menyediakan pencegah kehamilan.
Bagaimanapun, mereka hanya berjaya mengagihkan sebanyak 549 paket kondom, meskipun kebanyakan pelarian enggan menggunakannya.

Sehubungan itu, Kanti berkata, pihaknya akan meminta kerajaan meluluskan rancangan mengenakan pemandulan atau vasektomi bagi lelaki dan tubektomi bagi wanita Rohingya walaupun mungkin berdepan halangan.

Setakat ini, lebih 600,000 pelarian Rohingya telah melarikan diri daripada tindakan kekerasan tentera Myanmar tiba di Bangladesh sejak Ogos lalu.- Agensi


Tiada ulasan: