Rabu, 25 Oktober 2017

Tiada lanjutan tempoh untuk Amanah kosongkan Wisma Tok Guru - PAS Kelantan

ANTARAPOS

Post Pic


KOTA BHARU: Amanah tidak akan diberi lanjutan tempoh bagi mengosongkan Wisma Tok Guru di Salor di sini, tegas Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Mohd Nasuruddin Daud.

Dengan nada sinis, Mohd Nasuruddin berkata PAS tidak akan bertindak mengusir parti itu daripada bangunan berkenaan kerana percaya mereka adalah 'amanah'.

“Memang mereka (Amanah) kena keluar (dari Wisma Tok Guru). Kita tidak akan usir dan tidak akan panjangkan tempoh pengosongan selama sebulan (sehingga 16 November depan).

“Kita juga sedia berdepan dengan mereka di mahkamah tapi saya rasa mereka akan keluar,” katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata demikin ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Beliau berkata PAS akan menggunakan wisma berkenaan sebagai pusat kegiatan mereka selepas Amanah mengosongkan bangunan berkenaan.

Isu mengenai pemilikan Wisma Tok Guru itu sebelum ini ditimbulkan Mohd Nasuruddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri dengan mendakwa tapak tanah dan bangunan berkenaan milik kerajaan negeri.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan ADUN Salor yang juga Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa yang mendakwa beliau sebelum itu diberi kebenaran oleh bekas Adun Salor, Allahyarham Datuk Rosli Ibrahim untuk menggunakan tapak itu melalui satu notis.

Namun kemelut perebutan itu kembali rancak sejak pertengahan bulan ini selepas Amanah Kelantan dikatakan menerima notis daripada seorang ahli PAS yang dikatakan pemilik baharu bangunan berkenaan.

Difahamkan, tanah milik balu kepada Rosli itu dijual kepada PAS menerusi anggota berkenaan dengan harga RM700,000.

Tiada ulasan: