KUALA LUMPUR: Seorang jurulatih pasukan renang kebangsaan yang berasal
dari China ditahan di Sri Petaling, semalam, atas dakwaan merogol
seorang atlet.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata suspek
berusia 35 tahun itu mempunyai status penduduk tetap (PR).
Penahanan suspek dilakukan selepas ibu bapa mangsa membuat laporan
polis pada Ahad lalu, dan suspek ditahan di Kompleks Majlis Sukan Negara
(MSN) sekitar jam 12.30 tengah hari semalam.
"Setakat ini, siasatan sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Polis Kuala Lumpur.
"Berdasarkan siasatan yang dibuat, kejadian rogol itu dikatakan berlaku
sekitar September lalu, namun identiti mangsa tidak akan didedahkan,"
menurut laporan BH.
Polis juga akan mendapatkan kebenaran menahan reman suspek hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan