BANGI –
Timbalan Perdana Menteri memberi amaran kepada seorang lelaki
berpangkat ‘Datuk Seri’ untuk menyerah diri kepada pihak polis dengan
kadar segera.
Arahan itu
dibuat susulan tindakan lelaki berkenaan memukul tiga anggota Jabatan
Sukarelawan Malaysia (Rela) di Ampang, pada Jumaat lalu.
Datuk Sri Ahmad Zahid Hamidi berkata, lelaki berpangkat ‘Datuk Seri’ itu belum ditangkap setakat ini.
Bagaimanapun katanya, pihak polis mengetahui siapa dan di mana lokasi lelaki itu berada.
“Ini
pengajaran kepada semua bahawa sesiapa yang mempunyai gelaran bukan
bermakna undang-undang berada dalam tangan mereka,” katanya seperti
dilapor Utusan Online.
Lelaki
berpangkat Datuk Seri itu dilaporkan berang kerana ditegur oleh anggota
Rela yang meminta beliau mengalih kenderaan Toyota Vellfire miliknya
yang diletakkan di tepi jalan kerana menghalang lalu lintas.
Dalam
kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, tiga anggota Rela, Melvin Cheong
Mun Khai,19, Leong Jiun Jie, 21 dan Lee Weng Poh, 27 mengalami
kecederaan akibat diserang oleh ‘Datuk Seri’ yang berusia 28 tahun itu.
Zahid
berkata, sesiapa sahaja negara ini tertakluk di bawah perundangan, dan
gelaran atau pangkat bukan merupakan lesen untuk mengambil tindakan
kekerasan terhadap orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan