Jumaat, 6 Oktober 2017

Polis cari Ustaz Zubir bantu siasatan kes penipuan DBI

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Ustaz Zubir' sedang dikesan untuk membantu siasatan kes penipuan jualan rumah melibatkan DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources (SJKGR).
 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata lelaki berusia 50 tahun itu dikehendaki pihak polis untuk melengkapkan kertas siasatan.
 
Acryl Sani memaklumkan sebanyak 210 laporan polis dibuat terhadap kerugian yang mencecah RM6.8 juta dengan 18 kertas siasatan dibuka.
 
Polis setakat ini telah menahan seorang wanita dan tiga lelaki termasuk pelakon Datuk Noruliman A. Rahman, 37 yang juga dikenali sebagai Boy Iman.
 
Dalam perkembangan yang sama Acryl Sani memberitahu polis juga akan memohon lanjutan perintah reman ke atas keempat-empat suspek yang tamat bagi membantu  siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
 
 

Tiada ulasan: