Selasa, 10 Oktober 2017

Mahkamah benar tukar perintah reman terhadap dua anggota TLDM

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SERI MANJUNG: Mahkamah hari ini mengeluarkan perintah baru reman selama tujuh hari terhadap dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengikut  Seksyen 302 Kanun Keseksaan, bagi membantu siasatan kematian dua anggota pasukan itu, pada 29 September.
 
Tarikh baru reman itu bermula pada hari ini, selepas tahanan reman mengikut Seksyen 325/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah dan melakukan ugutan jenayah telah berakhir semalam.
 
Perintah reman terbaru itu dikeluarkan Majistret Ainul Bashiirah Dona Don Biyajid terhadap dua anggota TLDM berkenaan yang berusia berusia 27 dan 39 tahun itu.
 
Dalam kejadian 29 September lalu, dua anggota TLDM; Laskar Kelas 1, Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Laskar Kelas 1, Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia di Bilik Tahanan Sungai Wangi, Sitiawan.
 
Kematian mereka dipercayai akibat didera semasa menjalani tahanan, manakala laporan forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh mendapati terdapat pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul hasil bedah siasat ke atas kedua-dua mangsa.
 
 

Tiada ulasan: