Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos
akan 'menyertai' himpunan 'Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi'
anjuran Pakatan Harapan (PH) di Padang Timur, Petaling Jaya pada Sabtu
ini.
Bagaimanapun kehadiran beliau bukan sebagai peserta, sebaliknya mahu
menjual 10 tan ikan dengan harga murah kepada orang ramai.
Jamal menambah, tindakannya membuka gerai ikan di lokasi yang sama bukan berniat untuk mensabotaj himpunan berkenaan.
"Mereka nak berhimpun, silakan, saya bukan hendak protes himpunan dia
tetapi saya nak bawa ikan di kesempatan orang ramai datang, saya jual
ikan.
"Seperti peniaga lain juga, pada hari itu nanti ramai yang jual air,
keropok, baju... saya bawa ikan. Tiada niat apa. Saya akan bawa 10 tan
ikan sebab dijangka ramai hadir di himpunan itu," katanya kepada
Antarapos.
Himpunan itu diadakan bagi memberi penerangan kepada rakyat bersabit dakwaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia pernah menganjurkan
program jualan ikan murah di Sekinchan pada September lalu, yang
menyaksikan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai
apabila lebih 2,000 kilogram ikan berjaya dijual dalam tempoh beberapa
jam sahaja.
Jamal berkata, program itu sebagai mesej supaya kakitangan kerajaan dan
pihak terlibat dalam urusan bekalan ikan membendung masalah peningkatan
harga ikan di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan