KUALA LUMPUR: Umno sekali lagi membuka tawaran kerjasama kepada PAS dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Perkara itu dinyatakan Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa dengan
menambaha kedua-dua parti berkenaan mempunyai matlamat sama demi agama
dan ummah.
“Bagi yang tidak suka lihat PAS dengan Umno bekerjasama, tentulah mereka akan membuat pelbagai tomahan.
“Bagi kita itu tidak penting, yang penting kita buktikan atas perkara
yang ada kebersamaan. Banyak orang salah faham kita kerjasama dalam
kebaikan untuk agama dan ummah bukan bergabung.
“Tinggalkan politik kebencian dan jangan sampai kita lupa tentang
kebersamaan,” katanya selepas menyertai sebuah sesi dialog di ibu
pejabat parti di PWTC malam tadi.
Annuar, pada baru-baru ini pernah menyatakan hal yang sama berkenaan
kerjasama Umno dan PAS dimana kedua-duanya mengamalkan ta'awun,
contohnya dalam pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah) 1965 yang diusahakan PAS.
Malah Annuar membayangkan “kerjasama lebih erat” dengan PAS sambil menyifatkan kedua-dua parti itu “berkongsi DNA sama”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan