Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: PAS tidak kisah jika ahlinya, Datuk Mahfuz Omar mahu bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Setiausaha
Majlis Syura Ulama, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh berkata PAS langsung
tidak terkesan dengan apa sahaja tingkah laku mahfuz malah bertegas
partinya memiliki lebih ramai calon yang jauh lebih berwibawa
daripadanya.
"Dalam PAS, tokoh yang lebih berwibawa daripada dia ramai," ujarnya ringkas ketika dihubungi Antarapos.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mahfuz sebelum ini bahawa
beliau terbuka jika PH mahukannya mewakili gagasan itu pada PRU14 akan
datang, meskipun namanya masih tersenarai sebagai ahli PAS.
Beberapa pemimpin PAS peringkat Pusat sebelum ini memberi bayangan
bahawa mahfuz hampir tiada peranan dan parti itu malah mereka enggan
melayan setiap kenyataan yang disuarakan bekas ketua penerangan parti
itu.
Malah Mahfuz sendiri sudah bersedia untuk namanya digugurkan daripada mewakili PAS pada pilihan raya akan datang.
Mahfuz sejak tewas dalam pemilihan parti 2015, kerap mengkritik PAS dan
sering dilihat menghadiri program-program anjuran PH. Mahfuz juga kerap
kali menggesa PAS bergabung dengan PH untuk menumbangkan Umno Barisan
Nasional (BN) pada pilihan raya kelak.
Untuk rekod Mahfuz bertanding pada PRU12 (2008) menewaskan calon Umno-BN Datuk Abdul Rahman Ibrahim dengan undi majoriti 5,731.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan