Isnin, 9 Januari 2017

Tan Sri Irwan terlucu Selepas Yb Ahmad Maslan


ORANG MISKIN BELI BARANG YANG TIADA GST

Oleh DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR

1. 1Malaysia terkejut dengan kenyataan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah yang menyatakan kenaikan kos kehidupan jangan disalahkan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST).Kenyataan beliau mengenai masalah kenaikan harga barang adalah disebabkan pemborong dan peniaga yang menaikan harga dan mengambil keuntungan berlebihan yang memerlukan tindakan penguatkuasaan diambil oleh KPDNKK.

*_"Jangan salahkan GST_*.Orang miskin tidak beli barang yang kena GST. *_Orang miskin beli barang yang tiada GST"_*,katanya.

2. Saya macam tidak percaya yang bercakap sedemikian rupa merupakan KSU Perbendaharaan.Mulanya saya ingat dia nak buat lawak macam peserta Maharaja Lawak Mega. *_Rupanya dia lebih gemar cara lawak Harith Iskandar yang nampak lebih Profesional_*.

"Memang melucukan apabila KSU Perbendaharaan membuat perbandingan dengan berkata semasa beliau di United Kingdom, harga jualan runcit petrol lebih 1 pound seliter dimana nilai 1 pound bersamaan lebih RM5 seliter. *_Saling tak tumpah macam Datuk Ahmad Maslan_*".

*WANITA MISKIN PUN KENA PAKAI TUALA PELEKAT BUKAN TAMPAL SURAT KHABAR LAMA*

3. *_'Mai dari BR1M,balik pi kepada GST'_*.Tambah celaru apabila Menteri Kewangan II Datuk Johari Abd Ghani menyatakan kerajaan bagi *_BR1M untuk tampung orang miskin bayar GST_*.Sebelum itu acap kali pemimpin UmnoBn canang BR1M untuk ringankan beban rakyat.Pada hal *_BR1M RM3.28 sehari untuk beli ikan temenung 'pecah perut' pun tak lepas_*.Tan Sri pula kata orang miskin tak beli barang yang kena GST. *_Malaysia makin 'ghosot'_* (celaru).

"Semuanya diminta guna BR1M. *_Sebenarnya Najib dah bagi BR1M seorang berapa juta Ringgit_* kepada rakyat yang layak ?

Petrol naik rakyat diminta guna BR1M untuk menyerap kenaikkan harga petrol ,harga barang dapur naik rakyat diminta guna BR1M untuk menampung kenaikkan itu,Keperluan sekolah naik harga diminta guna BR1M juga untuk kurangkan keperitan bahana dari kenaikkan itu".

Dalam pada itu penerima BR1M yang tidak memiliki kereta juga boleh menggunakan bantuan berkenaan untuk membeli kereta Proton Iriz, supaya mereka boleh menjana pendapatan sebagai pemandu UBER atau GRABCAR.

"Bayangkan jika penduduk Kg Lana Bulu di Jerlun,Kg Titi Kerbau di Changloon,Kg Bukit Pak Kiaw di Pokok Sena,Kg Paya Mat Inson di Pendang ikut cadangan Najib maka kita akan nampk lalulintas di jalan-jalan ban dan jalan-jalan di kebun getah akan menjadi sesak dek kerana UBER dan GRABCAR .
Andaikata semua penduduk ditempat tersebut menjadi pemandu UBER dan GRABCAR,siapa pulak yang akan jadi penumpang bilamana semua keluarga memiliki UBER dan GRABCAR.

Apabila dah tak ada penumpang, nak bayar ansuran bulanan dengan apa?. *_Sanggupkah kerajaan melihat rakyat 'tokak' tayar Proton Iriz tu sehari sebiji?_*"

4. Saya nak tanya Tan Sri Irwan,apa yang ada dalam kepala otak Tan Sri.Adakah Tan Sri fikir yang orang miskin tidak perlu membeli barang yang dikenakan GST itu 'masuk akai' ka?. *_Jangan ingat wanita miskin ketika 'datang bulan' (haid) hanya guna surat khabar lama yang dilipat tebal untuk tampal jadi tuala pelekat wanita_*.Adakah orang miskin selera makan mereka hanya kicap, belacan,budu dan kangkung sahaja.

"Saya yakin *_Tan Sri pun ambil 'hak' orang miskin juga dengan membeli kicap,belacan,budu,kangkung dan barang-barang yang tak kena GST_* dan saya tidak percaya jika Tan Sri hanya membeli barang yang kena GST sahaja.Tetapi jika *_orang miskin nak ambil 'hak' Tan Sri dan Datuk Seri Najib mereka perlu bayar GST_* sedangkan mereka rakyat marhaen yang miskin.

GST jadikan jurang perbezaan yang lebih besar antara orang miskin dengan orang kaya, *_'yang miskin tambah miskin, yang kaya lebih bergaya'_*".

5.Kenyataan KSU Perbendaharaan sangat *_memalukan sektor Perkhidmatan Awam_*.Apa akan jadi pada masa depan Malaysia.Amat malang bagi rakyat Malaysia memiliki *_PM,Menteri dan KSU Perbendaharaan yang hanya jadi 'kaki bodek',penglipur lara dan melucukan

_*."Najib pula berbangga bahawa pertumbuhan ekonomi antara 4.3 hingga 4.4 peratus yang dicapai negara adalah sesuatu yang hanya boleh diimpikan oleh negara-negara maju.

" *_Jika pertumbuhan ekonomi begitu bagus sehingga melebihi negara-negara maju, mengapa hanya tawaran menjadi pemandu UBER dan GRABCAR saja_* yang mampu ditawarkan oleh kerajaan kepada rakyat"?

*_Macam-macam ikhtiar rakyat sudah lakukan.Tanam sayur sudah, bawa bekal ke tempat kerja sudah, naik kenderaan awam sudah.Bagaimana lagi rakyat harus berjimat… bagaimana… bagaimana..???_*

Pada meraka yang bergaji sebagai KSU seperti Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, duit elaun pun tidak habis berbelanja, apatah lagi dengan duit gaji setiap bulan,memang tidak perlu cakap la,fikirkanlah masalah pengguna marhaen yang berpendapatan sederhana dan rendah.

#GstBebanRakyat
#TakNakGST
#PendedakAdaDiManaMana
#JanjiDicapati
#RakyatDerita
#RakyatBukanBengap
#SelamatkanMalaysia

*DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena

Tiada ulasan: