Ahad, 8 Januari 2017

Permukaan ais Antartika akan pecah

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
ANTARTIKA: Sepuluh peratus permukaan Antartika yang retak sejak Ogos akan pecah dan mencipta bongkah ais (iceberg) gergasi seluas 5,000 kilometer persegi.
 
Menurut laporan CNN, kawasan tersebut yang dikenali sebagai Larsen C terletak di barat Antartika.
 
Retak Larsen C mula-mula dikesan oleh pasukan penyelidik, Project Midas pada Ogos.
 
MIDAS juga melaporkan retak Larsen C semakin bertambah sebanyak 22 kilometer dalam tempoh enam bulan.
 
Pada Disember, retak Larsen C semakin teruk dan bertambah sebanyak 18 kilometer untuk tempoh sebulan.
 
"Apabila ia berpisah, Larsen C akan kehilangan lebih sepuluh peratus permukaannya dan mengubah landskap Antartika," kata Ketua Penyelidik Midas, Profesor Adrian Luckman.
 
Midas mengatakan, risiko untuk seluruh permukaan Larsen C untuk menjadi tidak stabil selepas berpecah adalah tinggi.
 
Midas bagaimanapun gagal mengaitkan peningkatan suhu dunia sebagai punca fenomena berkenaan.
 
Pada 2002, 'jiran' Larsen C, Larsen B berpecah dari permukaan utama dan menjadi serpihan kecil, manakala pada 1995 pula, Larsen A pecah pada kadar yang sama.
 
 

Tiada ulasan: