shahbudindotcom
Selepas
Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura yang telah mengambil
tindakan dan melakukan penyiasatan berhubung skandal 1MDB, kini
Australia dilaporkan menjadi negara keempat yang turut mengambil langkah
yang sama.
Menurut
laporan The Australian, Polis Persekutuan Australia sedang menyiasat
kemungkinan dana 1MDB yang diselewengkan itu mempunyai sebarang kaitan
dengan mana-mana rakyat, pemastautin atau firma Australia serta sama ada
ia melibatkan perlanggaran undang-undang di negara tersebut.
Apa
yang menarik, laporan mengenai langkah Australia itu hanya muncul
seminggu selepas Najib Razak dan keluarganya kembali daripada bercuti
hujung tahun di negara tersebut.
Jika
kita perhatikan, sejak terdedahnya skandal 1MDB dan beberapa negara
kemudian diketahui mengambil tindakan berhubung kegiatan penipuan dan
penggubahan wang haram berkaitan syarikat pelaburan itu, Najib didapati
tidak lagi "berminat" pergi ke negara-negara tersebut.
Amerika
Syarikat, Switzerland dan Singapura adalah negara-negara yang sudah
tidak lagi dikunjungi Najib dan keluarganya, baik secara rasmi, bercuti
mahu pun untuk membeli-belah sejak timbulnya isu 1MDB.
Maka,
tidak mengejutkan jika Australia akan menjadi negara terbaru yang akan
"dipulaukan" Najib selepas negara itu dilaporkan turut menyiasat 1MDB.
Lalu, ke mana lagi Najib mahu bercuti?
Mungkinkah ke China atau Kazashtan saja?
Tidak memeranjatkan kita jika Najib hanya memilih untuk bercuti di dalam negara saja pada hujung tahun nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan