Prestasi bola sepak negara di tangga 161 dunia (ranking FIFA) tetapi FAM ingin membersihkan tangan mereka dengan kemenangan Faiz subri
Memang tidak bokeh disangkal bahawa Faiz Subri telah pun berjaya untuk mengharumkan nama negara.
Tetapi jangan kita sesekali lalai dan anggap kemenangan beliau menunjukkan bahawa prestasi bola sepak negara secara keseluruhannya baik. Terutamanya di bawah pimpinan FAM hari ini.
Banyak pihak yang mengecam posting baru TMJ berkenaan kemenangan Faiz Subri.
Malangnya, mesej utama yang TMJ ingin sampaikan tidak diendahkan, tetapi “Headlines” sahaja yang orang baca.
2) Yang dipertikakan adalah kenyataan yang dibuat FAM yang menggambarkan kemenangan Faiz sebagai “tanda aras baru bagi bola sepak negara”. FAM ingin menggunakan kemenangan Faiz untuk menyembunyikan kelemahan mereka. Faiz yang menang, mereka yang nak “take all the credit”.
3) Pada masa yang sama, YB Annuar Musa pun mengambil kesempatan ke atas kemenangan Faiz subri. Dia berkata Faiz merupakan anak didik beliau. Ini untuk menutup skandal bola sepak kelantan (KAFA) yang masih belum diselesaikan dengan baik.
4) “Don’t just look at the surface, assess our Nation’s football holistically”
Kalau kita nak berjaya ke hadapan. Kita perlu bermuhasabah. Selesaikan krisis kepercayaan FAM. Pecahkan monopoli FAM ke atas sumber kewangan bola. Hapuskan rasuah dalam bola sepak. Pastikan kelan bola tidak ditenggelami dengan hutang sampai pemain tidak dibayar.
Perkara pokok harus diselesaikan dahulu untuk kita bersama langkah ke hadapan.
Ada kalanya, perlu kita bermuhasabah sebelum kita boleh maju ke hadapan.
I believe TMJ sees this.
I believe we all know this. Let’s be honest with ourselves.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan