Khamis, 31 Disember 2015

HADIAH AKHIR TAHUN UNTUK MALAYSIA

shahbudindotcom


 
 
 
Tidak ada perkara yang lebih memalukan yang boleh dianggap sebagai "hadiah"  hujung tahun kepada negara apabila Malaysia diumumkan di tempat ketiga dalam kategori "skandal rasuah paling teruk"  di dunia bagi 2015.

Barangkali inilah pertama kami Malaysia berada di kedudukan "terbaik" itu dan sekaligus menjadikan tahun 2015 meninggalkan memori paling hitam bagi kita semua.

Ini juga membuatkan kedatangan tahun 2016 sebagai penuh cabaran sama ada kita mampu memulihkannya atau menjadikan tahun-tahun mendatang lebih teruk lagi keadaannya.

Dalam penilaian yang dilakukan oleh foreignpolicy.com - sebuah bahagian di bawah Washington Post Company, Malaysia dinilai berada di tempat ketiga di belakang FIFA, persatuan bolasepak dunia yang banyak terpalit dengan rasuah dan sebuah negara di benua Afrika iaitu Nigeria.

Seterusnya Honduras dan Guatemala berada di kedudukan keempat manakala hakim-hakim di Ghana dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB berada di kedudukan kelima dan keenam.

Menurut laporan itu, Presiden AS Barack Obama berada dalam kedudukan amat janggal apabila melawat Malaysia baru-baru ini berikutan laporan yang mengaitkan Najib dengan kemasukan wang berjumlah RM2,600 juta ke dalam akaun peribadinya.

Dengan itu, bolehlah  difahami bahawa meskipun wang tersebut ditakrifkan sebagai derma oleh SPRM, tetapi masyarakat antarabangsa tetap sukar menerimanya.

Mereka lebih cenderung melihatnya sebagai satu bentuk rasuah yang  akhirnya menyumbang kepada "markah yang lumayan"  sehingga Malaysia berjaya memperolehi tempat ketiga sebagai negara yang mempunyai "skandal rasuah paling teruk"  di dunia.

Dalam persidangan anti rasuah antabangsa atau IACC di Kuala Lumpur, September lalu yang enggan dihadiri oleh Najib kerana takut berdepan dengan pertanyaan antarabangsa mengenai wang tersebut, beberapa wakil yang hadir secara terbuka mengatakan duit sebanyak RM2,600 juta itu mempunyai semua ciri-ciri yang boleh dikaitkan dengan rasuah.

Dengan kejayaan meraih tempat ketiga itu, ia bukan saja suatu sejarah kerana negara tidak pernah mendapat "tempat sebaik"  itu sebelum ini atau dalam mana-mana kepimpinan terdahulu, malah barangkali menjadikan Malaysia negara Islam pertama disenaraikan  sebagai antara "pemenang teratas"  yang mengaibkan itu.

Mujurlah foreignpolicy.com tidak membuat penilaian berdasarkan kategori individu, sekiranya ada, siapakah agaknya antara pemenangnya?

Apakah sekali lagi  Malaysia ada wakilnya juga?


Warga kota keluh, dua kerja pun tak cukup tampung pendapatan

Shakira Buang


 


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan yang mencetuskan kontroversi apabila menyarankan rakyat melakukan dua kerja demi survival mereka khususnya di kota terus dicemuh rakyat.

Bagi sebahagian warga kota, sekalipun dengan dua kerja, ia tidak cukup untuk menampung pendapatan isu rumah di sebuah kota besar seperti di Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Bagi Johari Basri, 36, setiap hari dia akan bangkit sekitar 6 pagi untuk keluar bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Shah Alam.

Bapa kepada tiga anak ini berkata sekitar tahun 2000 gaji pokok sebanyak RM2,000 sebulan sudah cukup untuk menampung hidupnya sekeluarga.

Namun, ia berbeza dengan keadaan ekonomi sekarang di mana pendapatan isi rumah sebanyak RM3,000 belum mampu menampung tiga per empat keperluan hidup bekeluarga.

“Sebelum ini ekonomi tidaklah teruk sangat tapi sekarang ini semakin teruk. Bukan saya saja yang rasa begitu ramai lagi kawan-kawan yang sama meniaga dengan saya rasa macam itu.

“Kalau dulu ekonomi okey, kerja kilang pun boleh buat kerja lebih masa tapi sekarang ini harapkan gaji pokok sahaja.

“Kalau nak harap gaji pokok hidup bujang bolehlah pendapatan dalam RM2,000 tapi kalau dah ada keluarga gaji RM3,000 ini macam tahun 2000 yang mana dengan gaji pokok RM800-RM1,000 macam itu kita dah cukup makan,” katanya kepada Malaysiakini.

Dah lama 2 kerja...

Justeru, bagi menikmati keselesaan hidup Johari merancang membuat dua kerja pada sekitar tahun 2013 apabila kos sara hidup mereka lima beranak sedikit meningkat ekoran kenaikkan harga beberapa barangan.

Berkat usaha menyimpan sejumlah wang setiap bulan selama 12 tahun bekerja di kilang membuat kompenen elektronik Johari memulakan perniagaan menjual aksesori telefon pintar.

Namun, ia bukanlah peluang untuk Johari hidup mewah sebaliknya apa yang diusahakan itu sekadar meringkan beban hidup mereka sekeluarga yang terpaksa menampung kos perbelanjaan yang meningkat setiap tahun.

“Meniaga ini pun nak kata mewah itu tidaklah tapi boleh lepaslah untuk duit minyak pergi dan balik kerja...macam itulah, nak kata hidup mewah itu tak dapat,” katanya.

Malah, Johari berkata walaupun dengan dua pekerjaan, beliau masih sukar untuk menyimpan wang kerana kos sara hidup semakin tinggi.

“Buat dua kerja ini dah lama berlaku, kalau dulu orang yang buat dua kerja ini ada simpanan tapi hari ini kalau nak harapkan simpanan pun tak ada. Kalau ada (simpanan) pun habis dah dikorek.

“Dengan keadaan sekarang ini saya berani cakap RM50 untuk keluarga saya macam RM10 kalau nak beli barang. Dulu RM50 dua beg plastik barang saya dapat sekarang satu pun belum tentu penuh,” keluh Johari.

Tambah Johari, untuk sesi persekolahan 2016 ini sahaja beliau menghabiskan sebanyak RM1,000 bagi perbelanjaan tiga anaknya.

“Kalau ikut tiga orang anak saya belanja RM1,000 untuk sesi persekolahan akan datang,” katanya.

Malah, beliau juga tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anaknya pada musim cuti persekolahan kerana terpaksa bekerja di waktu siang dan meniaga di malam hari selain mengambil sikap berjimat cermat dalam berbelanja.

“Sekarang ini pun bila musim cuti sekolah terus terang saya kata kami tak boleh pergi mana,” keluh Johari dengan bergenang air mata.

Mengulas mengenai kenyataan Ahmad Maslan, Johari berkata ramai warga kota yang telah lama melakukan dua kerja, namun sebagai timbalan menteri, beliau tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan sedemikian yang bdianggap satu penghinaan.

“Dia (Ahmad Maslan) menteri bolehlah cakap dan kalau saya jadi dia pun saya boleh cakap tapi saya tak fikir akan keluarkan kenyataan sebegitu. Kalau orang yang boleh berfikiran waras ini dia tak akan cakap macam itu,” katanya dengan nada kesal.

Berniaga burger

Bagi Fauzi Ahmad Sani, 35, beliau melakukan dua kerja selama lebih empat tahun.

Penghantar surat di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur itu bekerja sebagai peniaga burger pada malam hari.

Bapa kepada satu anak itu berkata, pada awalnya beliau membuat dua kerja kerana mahu menampung perbelanjaan perkahwinannya.

Namun, Fauzi terpaksa meneruskan kedua-dua kerjanya itu bagi menikmati keselesaan hidup mereka berdua sekali gus mengorbankan masa untuk perniagaannya.

Fauzi berkata, kerja tambahannya itu memerlukan beliau kerja sehingga lewat malam kerana tempat beliau meniaga merupakan tumpuan orang ramai.

“Empat tahun lepas saya meniaga burger ini sebab nak tambah duit belanja kahwin. Lepas kahwin saya berhenti sekejap buat dua kerja konon nak menikmati alam perkahwinan," katanya dan menambah hasil jualannya itu hanya dapat menampung perbelanjaan bulanan keluarganya.

Kata Fauzi, apabila memulakan dua pekerjaan, beliau mampu menyimpan sedikit wang tunai namun keadaan ekonomi yang mendesak hari ini beliau terpaksa menyekat beberapa perbelanjaan bulanan mereka.

“Tapi lepas dah kahwin saya rasa saya masih perlu lakukan dua kerja sebab fikir jangka panjang nak buat simpanan bila dah ada anak nanti senang sikit.

“Tapi dengan keadaan ekonomi sekarang kami tak dapat menyimpan sebab keperluan perbelanjaan sehari-hari semakin meningkat lebih-lebih lagi ada GST. Semua barang naik, sampai kadang nak belanja lebih untuk makan pun kami terpaksa berkira supaya tak membazir,” kata Fauzi.

Malah, Fauzi berkata isterinya kini turut membantu beliau menampung keperluan harian mereka tiga beranak melalui perniagaan dalam talian dengan menjual karipap sejuk beku.

“Meniaga ini okeylah sikit boleh tampung mana-mana yang kurang tapi nak kata hidup mewah tak dapat.

“Sekarang ini pula dah ada anak, belanja barang anak memang boleh tahan mahalnya, rumah sewa lagi. Bila kira-kira gaji saya seorang bekerja siang dan meniaga malam cukup untuk bayar hutang saja.

“Jadi, berkat isteri saya pandai buah kuih dia buat perniagaan dalam talian jual karipap sejuk beku,” tambah Fauzi.

Menanggung malu

Sementara itu, Muhamad Kamarul Nizam,32 yang bekerja sebagai pemandu peribadi merangkap penghantar surat di syarikat swasta berkata beliau perlu mencari masa bagi membolehkannya melakukan kerja keduanya kerana sudah tidak sanggup menanggung malu apabila terpaksa meminjam daripada keluarga terdekat kerana kesempitan kewangan.

“Sekarang ini komitmen banyak, harga barang pula banyak yang dah naik macam susu, lampin pakai buang, yuran sekolah anak-anak. Nak simpan RM50 sebulan pun susah, dulu kalau tak buat kerja sampingan nak beli susu dengan lampin anak pun saya kena pinjam (duit) orang,” kata Kamarul.

Kamarul yang tinggal di Sri Petaling dan bekerja di Puchong berkata dengan sedikit berkat beliau bersama isterinya menyimpan modal mereka dapat menjalankan perniagaan menjula pakaian bayi.

“Sebelum ini terfikir juga sampai bila nak pinjam duit orang tapi lepas bincang dengan isteri saya kami sepakat nak jual baju bayi. Modal pun kecil saja, mana yang dapat kami jual sikit-sikit.

“Nak kata senang itu memang tak boleh sebab bila campur gaji saya dan isteri pun dalam RM5,000 sahaja belum tolak duit taska untuk dua orang anak RM700, tadika untuk seorang lagi anak RM400, sewa rumah, sewa kereta semua memang cukup-cukup sahaja.

“Macam meniaga ini pun untuk tampung duit belanja dapur, beli susu anak dengan lampin pakai buang,” kata Kamarul sambil menambah tindakan kerajaan melaksanakan GST semakin membebankan rakyat.
Perniagaan dalam talian

Manakala, Liyana Azmi, 31 yang bekerja sebagai eksekutif di syarikat swasta berkata beliau pada awalnya hanya suka-suka menjalankan perniagaan dalam talian.

Namun, ujar ibu kepada dua anak ini beliau terpaksa menjadikan perniagaannya itu sebagai kerja kedua beliau bagi meringankan beban suaminya.

“Saya buat perniagaan dalam talian ini suka-suka saja pada awalnya. Tapi sebab nak bantu ringankan beban suami saya teruskan.

“Walaupun kami berdua bekerja tapi dengan kos sara hidup sekarang dan tinggal di kota buat kami rasa tak cukup.

“Tapi bila saya dan suami buat dua kerja ia dapat membantu kami adakan simpanan untuk anak-anak, cukupkan perbelanjaan harian dan ada rezki lebih sikit dapatlah kami bawa anak-anak bercuti,” tambah Liyana.


PAS arah ahli sertai demonstrasi bantah TPPA bulan depan

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: PAS akan mengarahkan kesemua ahlinya untuk menyertai Demonstrasi Rakyat Bantah TPPA yang dijadualkan pada 23 Januari 2016 di Dataran Merdeka.
 
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, pendirian itu diambil PAS setelah diputuskan di Muktamar ke 61 lalu.
 
Ia bagi meneruskan bantahan terhadap kerajaan yang akan menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) itu tahun depan.
 
"Bagi pihak PAS berhubung isu TPPA ini, sudah dimaklumkan dalam muktamar yang lepas, kita sebulat suara setuju dengan usul supaya kerajaan tidak tandatangani TPPA.
 
"Muktamar PAS konsisten PAS tolak perjanjian TPPA, sebagaimana dinyatakan dengan pihak lain. Ia beri kesan buruk bukan sahaja kepada negara tetapi (beri) kesan kepada ekonomi," katanya di sidang media Bantah TPPA di Kuala Lumpur hari ini. 
 
Selain PAS, demonstrasi akan turut disertai Kongres Rakyat selain mendapat sokongan lebih 200 badan bukan kerajaan (NGO).
 
"Dengan menandatangani TPPA ini, ia akan timbulkan persaingan bermula daripada ekonomi dan menjurus persaingan ketenteraan yang sekarang ini pun dah berlaku antara China dan Amerika di wilayah Laut China Selatan," katanya lagi. 
 
Demonstrasi perhimpunan aman yang dijangkakan dihadiri ribuan peserta itu akan dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) Bantah TPPA di Dataran Merdeka.
 
Menurut Timbalan NGO Bantah TPPA, Azlan Awang demonstrasi itu akan bermula jam 2 petang di Dataran Merdeka dan masih belum mendapat notis kebenaran daripada mana-mana pihak berkuasa.
 
"Kami merancang untuk mengadakan sebuah demonstrasi aman pada 23 Januari ini dan kami harap rakyat akan bersama dengan kami untuk menyuarakan tentangan terhadap TPPA sebelum ia dibahaskan di Parlimen," kata Azlan.
 
 

Vape: Kerajaan Kelantan beri tempoh sehingga penghujung Januari kosongkan premis

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Kerajaan negeri memberi kelonggaran sehingga penghujung Januari depan kepada peniaga rokok elektronik atau vape untuk menghentikan perniagaan serta mengosongkan premis masing-masing.
 
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, keputusan itu diambil selepas perjumpaan antara pihaknya dengan Pertubuhan Peniaga Vape Melayu Malaysia (PPVMM) Kelantan.
 
Namun tegas beliau, notis pengharaman penjualan vape yang berkuat kuasa esok tidak akan ditarik balik.
 
"Selepas berbincang dengan pihak persatuan, mereka faham dan akur dengan arahan ini. Ini bermakna kita tetap akan laksanakan pemantauan dan pastikan peniaga mengambil tindakan sewajarnya bagi mengosongkan premis.
 
"Kita faham mereka memerlukan sedikit masa, maka dalam tempoh sebulan iaitu sehingga 31 Januari, tidak akan berlaku penyitaan. Arahan telah pun diberikan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tidak menyita premis terbabit," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Seminar Tertutup Perbandaran Islam: Pencapaian Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) Berdasarkan Pelan Induk 2006 - 2015, semalam.
 
Kerajaan negeri Kelantan sebelum ini mengharamkan penjualan vape berkuat kuasa 1 Januari dan mengeluarkan notis selama 14 hari kepada peniaga vape supaya menghentikan perniagaan dan mengosongkan premis masing-masing.
 
Tindakan tersebut mengundang rasa tidak puas hati golongan peniaga dan pengusaha vape, yang meminta kerajaan negeri memberi tempoh masa lebih lama untuk mereka menghabiskan jualan bagi mengelakkan kerugian yang lebih banyak. 


Anak penyanyi wanita era 80-an didakwa curi motosikal

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan mengesahkan anak remaja seorang penyanyi wanita era 80-an ditangkap ketika didakwa sedang cuba mencuri motosikal di Putrajaya baru-baru ini.
 
Rosly berkata remaja lelaki berusia 16 tahun itu yang merupakan anak kepada peserta peringkat separuh akhir program realiti televisyen Gegar Vaganza 2, ditangkap bersama seorang lagi remaja berusia 18 tahun.
 
"Kedua-duanya telah dituduh Isnin lalu di Mahkamah Majistret Putrajaya di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan. Mereka mengaku tidak bersalah.
 
"Perbicaraan ditetapkan pada Februari 2016," katanya dipetik Bernama. 
 
Kedua-dua remaja berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis.
 
 

Wujud sumber pendapatan baru hadapi kegawatan menjelang 2016 - Penganalisis

Oleh Muhammad Asyraf Azlan

 
Post Pic



SHAH ALAM: Masyarakat disaran mewujudkan sumber pendapatan baru menjelangnya tahun baru bagi menghadapi cabaran ekonomi 2016 yang dijangkakan akan mengalami kemerosotan kata penganalisis ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai.

Katanya, setiap isi rumah perlu mencari sekurangnya satu peluang sumber pendapatan baru seperti mewujudkan perniagaan online.

"Kita perlu memikirkan apa sumber pendapatan baru yang kita cuba boleh dapat dan ini kita boleh fikirkan melalui kewujudan peluang perniagaan.

"Setiap keluarga bina sebuah laman sesawang untuk mewujudkan peluang pemasaran dan apa yang boleh diketengahkan sebagai sumber baru ekonomi keluarga," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Menurut Barjoyai, ekonomi Malaysia menjelang 2016 ini di dalam keadaan menurun berikutan susutnya nilai ringgit dan juga penurunan harga minyak dunia.

Sebelum ini, ekonomi dijangkakan akan menghadapi penyusutan menjelang 2017 namun keadaan ekonomi yang getir pada masa kini berkemungkinan kegawatan akan berlaku lebih awal.

"Ekonomi Malaysia ini sedang dalam proses menurun untuk menghadapi kegawatan.

"Jadi sepatutnya kegawatan akan berlaku pada tahun 2017 seperti yang dianggarkan tapi nampaknya dengan penyusutan nilai ringgit dan penurunan harga minyak kegawatan mungkin berlaku labih awal dan dia akan sampai paling dalam dasar lebih awal di akhir tahun 2016," ujarnya.

Barjoyai berpendapat cabaran paling besar kepada kerajaan adalah belanjawan negara terpaksa dirombak semula.

Katanya, jika belanjawan tidak dirombak ia akan menyebabkan defisit negara meningkat dan sekali gus kerajaan akan tersisih dari rancangan ingin menurunkan defisit tahunan.

"Cabaran yang paling getir sekali adalah belanjawan negara mungkin terpaksa dirombak semula kerana kita akan menghadapi kekurangan pendapatan berbanding dengan apa yang dianggarkan.

"Jika tidak dirombak akan menyebabkan defisit meningkat dan kita akan tersisih daripada apa yang kita rancangkan untuk menurunkan defisit tahunan," tegasnya.

Beliau menjangka negara akan melihat pemulihan ekonomi menjelang 2017.

Skandal rasuah paling teruk dunia: Malaysia di tangga 3

MALAYSIAKINI


 


Malaysia telah dinamakan sebagai antara enam negara yang mempunyai "skandal rasuah paling teruk" di dunia bagi tahun 2015.

‘Anugerah’ itu diberikan oleh foreignpolicy.com - sebuah bahagian di bawah Washington Post Company - dalam laporannya dua hari lalu.

Laporan itu, antara lain menyatakan bagaimana pemimpin-pemimpin terpalit dalam skandal rasuah besar-besaran, hakim mahkamah tinggi dan juga mereka yang mengendalilakn industri bola sepak dunia.

Bagi skandal rasuah, Malaysia berada di tangga ketiga, di belakang Federation Internationale de Football Association (FIFA) dan Nigeria.

Honduras dan Guatemala mengambil tempat keempat, manakala hakim-hakim di Ghana dan Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu berada di tangga kelima dan keenam.

Menurut laporan itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berada dalam kedudukan yang janggal apabila beliau melawat Malaysia bulan lalu.

Ini kerana empat bulan sebelum itu, akhbar The Wall Street Journal melaporkan bahawa AS$700 juta (kira-kira RM3 bilion) dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dana AS$700 juta yang didakwa datangnya dari wang pelaburan negara itu mengaitkan Najib secara langsung dengan firma yang dicetusan ilhamnya - 1MDB.

Ahmad Maslan: Tak faham TPPA, datang jumpa kami

Shakira Buang








Sekumpulan NGO yang mahu mengadakan demonstrasi membantah Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) pada 23 Januari depan dinasihatkan bertemu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed terlebih dahulu.

Timbalan menterinya, Datuk Ahmad Maslan berkata ini kerana Mustapa boleh memberi penjelasan secara terpeinci mengenai perjanjian berkenaan.

Katanya, satu sidang khas parlimen juga akan diadakan bagi memberi penerangan mengenai TPPA kepada anggota dewan rakyat.

"Kumpulan NGO terbabit boleh datang dan berbincang dengan MITI mengenai apa yang tidak dipersetujui atau apa yang mereka tak faham.

"Mereka boleh datang sebelum sidang khas Parlimen akan datang dan Datuk Seri Mustapha boleh jawab isu TPPA.

"Saya berharap mereka dapat datang dan bertemu dengan kami sebelum sidang tersebut," kata Ahmad Maslan dalam sidang media selepas mengadakan Program Turun Padang ke Sapura Industrial Berhad, di Bangi hari ini.

Terdahulu, sekumpulan NGO yang diketuai Bantah TPPA dengan kerjasama Kongres Rakyat bercadang mengadakan perhimpunan aman tersebut di Dataran Merdeka.
 
Mereka turut menjangkakan perhimpunan yang dinamakan Demonstrasi Rakyat Bantah TPPA itu bakal dihadiri ribuan peserta.

Timbalan Pengerusi Bantah TPPA, Azlan Awang berkata demonstrasi berkenaan akan melibatkan lebih 200 NGO dan parti politik.

Katanya, ia juga dilihat sebagai peluang terakhir untuk membantah perjanjian itu sebelum dimuktamadkan pada Februari depan di New Zealand.

Mengulas lanjut, Ahmad Maslan berkata Mustapha juga dijadualkan akan turun ke beberapa negeri sebelum sidang khas parlimen berkenaan untuk memberi penjelasan kepada rakyat.

"Datuk Seri Mustapha akan turun ke beberapa negeri sebelum sidang khas Parlimen untuk jelaskan isu TPPA di peringkat negeri," tambahnya.


Rafizi dakwa aset negara dijual untuk kambus hutang 1MDB

MALAYSIAKINI


 


Perjanjian jual beli antara 1MDB dan syarikat asing dalam pembangunan Bandar Malaysia mengesahkan lebih banyak aset dan projek negara akan jatuh ke syarikat asing, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Beliau mengulas tindakan 1MDB menjual kepentingan 60 peratus miliknya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings (IWH) Sdn Bhd dan China Railway Engineering Corporation (CREC) Sdn Bhd.

"CREC akan mempunyai 40 peratus dari 60 peratus pegangan di dalam Bandar Malaysia (pegangan 24 peratus di dalam keseluruhan projek) iaitu satu bidang hartanah yang cukup bernilai dan strategik,"

"Perjanjian hari ini hanya mengesahkan amaran saya sebelum ini bahawa kemelut kewangan 1MDB akan mengheret negara sehingga banyak aset-aset penting negara akan dijual demi untuk mengambus hutang besar 1MDB," katanya dalam kenyataan media.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau percaya pegangan itu akan memberi kelebihan kepada CREC untuk membida dan memenangi projek lebih besar yang berkait rapat dengan Bandar Malaysia iaitu pembinaan sistem keretapi laju Kuala Lumpur–Singapura.

Projek itu dijangka menelan belanja USD11 bilion atau bersamaan RM47 bilion jika mengikut kadar tukaran semasa, kata Rafizi.

"Saya berani meneka bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak juga sedang berkira-kira untuk menganugerahkan projek itu juga kepada syarikat-syarikat berkait dengan kerajaan China.

"Jika ini berlaku, Malaysia akan memasuki era baru yang lebih sulit apabila banyak kepentingan negara berhubung kait dengan pemilikan oleh syarikat-syarikat kerajaan China yang sudah tentu merumitkan pendirian negara dalam isu-isu serantau seperti tuntutan bertindih ke atas Kepulauan Spratly," katanya.

Terdahulu, majlis menandatangani perjanjian antara 1MDB dengan dua rakan kongsi baru mereka diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy, kepentingan 60 peratus saham syarikat itu dijual kepada konsortium berkenaan pada nilai RM7.41 bilion manakala penilaian semasa Bandar Malaysia diletakkan pada RM12.35 bilion

Biar k'jaan persekutuan tangani pencemaran bauksit, kata MP

MALAYSIAKINI


 


Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh mahu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob memberi laluan kepada kerajaan persekutuan untuk menangani masalah pencemaran bauksit di Kuantan selepas gagal mengumumkan sebarang tindakan sehingga akhir tahun ini.

Katanya, tindakan itu adalah untuk kebaikan rakyat.

"Saya lihat beliau (Adnan) berdepan cabaran besar yang sukar beliau atasi dan atas sebab itu beliau tidak dapat mengumumkan tarikh moratorium (mengenai eksport bauksit).

"Sebab itu saya cadangkan untuk menyelesaikan masalah ini, semua pihak bertanggungjawab - menggantung dan mengawal selia perlombongan bauksit, melaksana dan menguatkuasakan moratorium dan memulihkan semula Kuantan - diserahkan kepada kerajaan persekutuan," kata Fuziah  .Kerajaan persekutuan, katanya, mempunyai mandat untuk bertindak kerana semua agensi-agensi yang terbabit adalah di bawah kawalan persekutuan.


"Jika beliau mengambil berat nasib penduduk Kuantan, beliau perlu melakukan ini," kata Fuziah.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Adnan di Pusat Transformasi Bandar di Kuantan hari ini.

Adnan sebelum ini dilaporkan berkata, kerajaan Pahang bersama dengan Kementerian Sumber dan Alam Sekitar akan membuat pengumuman mengenai perlombongan bauksit pada akhir tahun ini.

Pada pertemuan beliau dengan Adnan hari ini, Fuziah menyerahkan memorandum, bersama-sama dengan bukti bergambar apa yang didakwanya sebagai pencemaran bauksit yang melanda Kuantan.

Antara gambar yang dikongsinya yang didakwa berlaku pencemaran bauksit adalah di kawasan antara Pantai Batu Hitam dan Sungai Pengorak yang berhampiran pelabuhan Kuantan.


Turut dikongsi adalah gambar yang menunjukkan aktiviti penambakan yang didakwa berlaku di sekitar Sungai Rong. Air empangan itu, dakwa Fuziah digunakan untuk membersihkan bauksit.

Ini, katanya, menimbulkan bahaya pencemaran kepada air minuman terhadap penduduk yang tinggal di sekitar Bukit Sagu.



Jabatan Alam Sekitar (JAS) pula dilaporkan memulakan siasatan terhadap pencemaran di Pantai Batu Hitam.


SPRM kemuka kertas siasatan SRC, RM2.6b Najib kepada AG

MALAYSIAKINI


 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah mengemukakan dua kertas siasatan berkaitan kes bekas anak syarikat 1MDB, SRC International dan kes RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Shukri Abdul berkata pihaknya telah mengemukakan beberapa syor cadangan dan tindakan bagi kedua-dua kes yang melibatkan tiga kertas siasatan untuk tindakan Peguam Negara.

Bagaimanapun, beliau berkata, siasatan kes derma RM2.6 bilion itu masih tidak lengkap.

“SPRM masih perlu melengkapkan siasatan berkaitan dokumen dan keterangan melibatkan beberapa institusi kewangan di luar negara.

Dokumen dan keterangan ini hanya boleh diambil melalui proses Mutual Legal Assistance (MLA) kerana ia terikat kepada peruntukan undang-undang perbankan negara berkenaan.

“Proses MLA hanya boleh dikeluarkan dengan persetujuan dan kebenaran Peguam Negara seperti mana diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa,” kata Shukri dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, katanya, SPRM telah memfailkan permohonan dengan Peguam Negara untuk mendapatkan MLA berkenaan.

Mengenai kertas siasatan SRC International, Shukri berkata suruhanjaya itu mengambil keterangan daripada lebih 100 orang saksi.

Kertas siasatan kemudian dibentangkan kepada sebuah panel bebas sebelum ia dihantar kepada Peguam Negara.

Ahli-ahli panel itu adalah bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Zamani Abdul Ghani, bekas Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee, dan peguam bela dan peguam cara, Datuk Zuraida Atan.

“Ahli-ahli panel ini juga telah mengemukakan cadangan dan pandangan yang bernas kepada SPRM,” kata Shukri.

Isu derma RM2.6 bilion pertama kali muncul pada Julai apabila The Wall Street Journal melaporkan bahawa wang itu disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Laporan WSJ juga mendakwa turut disalurkan ke akaun Najib adalah RM42 juta yang kononnya berasal dari SRC International.

Najib menafikan sebarang salah laku.

Shukri mengakhiri kenyataannya dengan berkata, SPRM menaruh keyakinan tinggi pada Peguam Negara selaku Pendakwa Raya, untuk membuat keputusan secara profesional.

Anak angota polis maut jatuh bangunan

Kes jenayah
Kes jenayah
 
 
SELAMA - Seorang kanak-kanak maut dipercayai terjatuh dari tingkat tiga kuarters kediaman Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama, malam tadi.

Lebih memilukan, kejadian di Blok Felicia kira-kira jam 11.05 malam itu berlaku di hadapan mata bapa mangsa sendiri yang bertugas di cawangan pengangkutan.

Mangsa, Aqeef Nifael Sharhafizie Afzal, 5, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Loo Lian Lay berkata, ketika kejadian, mangsa baru sahaja tiba di kediaman itu bersama keluarganya setelah pulang bercuti.

Menurutnya, mangsa naik ke kediaman mereka bersama ibunya, sementara bapa yang bertugas di cawangan pengangkutan bersama anak bongsu mengemaskan barang dalam kereta.

"Ketika bapa mangsa dalam perjalanan di koridor ke lif, tiba-tiba ternampak kelibat mangsa jatuh dari atas blok ke tepi longkang.

"Insiden berlaku di depan mata bapanya sendiri, ketika kejadian, tiada saksi lain selain kedua ibu bapa mangsa," katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati, mangsa meninggal dunia akiba mengalami pecah di bahagian kanan kepala.

Katanya, mayat kemudian dibawa ke Hospital Selama untuk dibedah siasat.

"Jenazah dibawa balik ke Sungai Petani untuk urusan pengebumian," katanya.

SPRM cari dalang rumah urut

SIMI ABDUL GHANI
Simi Abdul Ghani
 
 
SELAIN politik, isu pembukaan banyak pusat hiburan, rumah urut dan judi di Selangor turut mendapat perhatian banyak pihak.

Selain penguatkuasaan daripada Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Selangor juga dikatakan sedang memberi tumpuan serius dalam hal ini. Mengapa dan siapakah yang terlibat?

Ikuti tembual Editor Tugas-Tugas Khas Sinar Harian, LAILATUN KHALILAH NASIR bersama Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, DATUK SIMI ABDUL GHANI yang menjawab isu ini dan pelbagai isu lain.

Selangor maju dari sudut pelaburan, pembangunan perniagaan serta infrastruktur. Kecenderungan penyalahgunaan kuasa dan rasuah sangat tinggi. Kesalahan jenis apakah yang paling banyak dilakukan di negeri ini dan ia melibatkan sektor apa?

Kesalahan yang paling cenderung dilakukan adalah kesalahan meminta dan menerima rasuah di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan cubaan merasuah penjawat awam di bawah Seksyen 17(b) Akta yang sama. Sebanyak 130 kes dilaporkan sepanjang tahun 2010 hingga 2015 melibatkan sektor awam.
 
Benarkah wujudnya rasuah di kalangan pihak-pihak yang memegang kuasa untuk membenarkan kewujudan pusat hiburan, rumah urut dan perjudian yang ada di negeri ini? Jika ada apakah kejayaan SPRM setakat ini dan apa yang dilakukan untuk menangani hal berkenaan?
Memang ada dakwaan dan tanggapan wujud pihak-pihak tertentu yang membenarkan atau memainkan peranan membenarkan kewujudan pusat hiburan, rumah urut dan perjudian secara haram di Selangor.

Justeru, SPRM Selangor dan Ibu Pejabat SPRM sedang memberi tumpuan dalam isu ini. Untuk rekod, SPRM telah mengambil tindakan bersepadu iaitu dengan menahan kakitangan agensi penguatkuasa yang bersubahat termasuk polis dan pihak berkuasa tempatan yang bersubahat dalam isu ini pada September lalu.

Jika ada maklumat kukuh, SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya bagi membanteras jenayah rasuah. Perkara ini antara fokus SPRM.

Apa yang penting, orang ramai perlu faham bahawa SPRM hanya boleh menyiasat kes-kes yang ada elemen rasuah. Aspek lain terletak di bawah bidang kuasa agensi-agensi lain yang relevan.
 
Adakah kaedah-kaedah atau strategi baru bagi pengamal rasuah yang berjaya dikesan oleh pihak SPRM setakat ini bagi negeri ini?
Di bawah Program Transformasi, SPRM mengambil pendekatan terkini untuk mengenal pasti kaedah-kaedah atau strategi baharu yang digunakan oleh pelaku rasuah.

Ini termasuklah kaedah siasatan melalui ‘Managing TeamBased Investigation’, perakaunan forensik dan teknik perisikan. Bagaimanapun, SPRM tidak dapat mendedahkan strategi dan kaedah baharu ini kepada umum.
 
Di Selangor isu rasuah membabitkan apa yang paling mencabar pihak Datuk untuk diselesaikan?
Kes-kes rasuah yang berbentuk ‘sindiket’ kerana kesukaran untuk menembusi ‘sindiket-sindiket’ berkenaan. Bagaimanapun, dengan menggunakan kaedah dan teknik tertentu penyiasatan dan perisikan, kesukaran ini berjaya diatasi dan telah membuahkan hasil.

Dalam tahun 2015, SPRM Selangor telah berjaya menangkap dan menuduh lima individu melakukan perbuatan rasuah secara ‘sindiket’.
 
Boleh Datuk  jelaskan statistik tangkapan pelaku-pelaku rasuah di Selangor?
SPRM Selangor telah menerima 320 maklumat daripada pelbagai sumber dan orang ramai sepanjang tahun 2015.

Daripada jumlah tersebut, 149 maklumat berunsur rasuah dan dijalankan siasatan manakala selebihnya dirujuk kepada jabatan dan sebagainya kerana tidak berunsur rasuah. Kita menangkap 61 individu yang terlibat rasuah dalam tahun 2015.

Tangkapan tersebut merupakan peningkatan berbanding tahun 2014 sebanyak 39 individu yang telah ditahan. Bagaimanapun, peningkatan tangkapan ini tidak melambangkan banyak kes rasuah di negeri ini.
Sebaliknya ia menunjukkan peningkatan sokongan masyarakat tempatan untuk menyalurkan maklumat berkaitan rasuah kepada SPRM Selangor.

Daripada jumlah 61 tangkapan tersebut, 17 orang daripadanya adalah penjawat awam, 14 orang swasta dan 30 orang awam serta melibatkan nilai wang berjumlah hampir RM310,000.

Sepanjang 2015 juga, seramai 27 orang telah dituduh di mahkamah membabitkan 17 penjawat awam di mana seorang pegawai gred Jusa, empat pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, 12 daripada Kumpulan Sokongan dan 10 orang awam.

Setakat hari ini, berapa kes yang membabitkan pemimpin Selangor telah berjaya diselesaikan SPRM? Dan, berapa kes pula yang kini dalam siasatan?
Sepanjang tahun 2010 hingga 2015, sebanyak 10 kes telah berjaya diselesaikan dan tiada kes yang masih dalam siasatan SPRM Selangor.

Bagaimana sikap rakyat Selangor dalam isu rasuah?
Sebagaimana disaksikan di negeri-negeri lain, rakyat Selangor juga menzahirkan dan memperlihatkan komitmen untuk memerangi rasuah. Kerjasama orang ramai juga semakin meningkat.

Banyak pihak yang menandatangani Ikrar Integriti dan Ikrar Integriti Korporat (CIP). Ini menunjukkan sikap sukarela dengan mengadakan mekanisme dalaman untuk memerangi rasuah.

SPRM gembira dengan perkembangan ini. Pun begitu, ia belum mencukupi. SPRM berharap sokongan dan kerjasama ini akan bertambah baik pada tahun 2016. Ini penting kerana usaha memerangi rasuah memerlukan sokongan semua pihak.

Orang perseorangan dan agensi atau pertubuhan bukan kerajaan boleh menghubungi kami untuk menjalin kerjasama membanteras rasuah. Baru-baru ini, DYMM Sultan Selangor juga telah bertitah meminta rakyat segenap lapisan masyarakat menjauhi rasuah.

Mesej titah baginda sungguh bermakna. SPRM juga berharap orang ramai akan menerima titah baginda dan melakukan sesuatu. SPRM akan meningkatkan usaha mencegah rasuah di Selangor.

Kerjasama dengan pihak kerajaan Pakatan Rakyat, pemimpin-pemimpin masyarakat, NGO dalam menangani isu rasuah di negeri ini pula bagaimana?

Kerjasama yang diterima adalah baik. Sokongan parti-parti politik ke atas usaha engagement yang dibuat bersama parti-parti politik tersebut juga adalah baik. Sekali lagi saya berharap kerjasama parti-parti politik kepada SPRM akan bertambah dan berkekalan sepanjang masa.

Pada tahun hadapan (2016), kami berharap ahli-ahli politik akan menandatangani Ikrar Integriti untuk menyatakan mereka akan menyokong usaha pencegahan rasuah sepanjang masa.

Apa sasaran SPRM Selangor untuk tahun 2016?
Sasaran SPRM bagi tahun 2016 ialah menyelesaikan isu-isu setempat/masyarakat yang berimpak tinggi untuk meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap SPRM melalui Strategi ‘Merakyatkan SPRM’.

Menangani penglibatan ‘orang tengah’ dalam perbuatan rasuah memandangkan isu ini mendapat perhatian tinggi oleh masyarakat dan masyarakat mengharapkan SPRM melakukan sesuatu. Kita juga akan memberi tumpuan lebih kepada kejadian/amalan rasuah di sektor swasta.


2015 tahun paling mencabar buat 1MDB

1MDB -arul kanda


KUALA LUMPUR - Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy menyifatkan tahun 2015 sebagai tahun paling mencabar buat mereka dan berharap 2016 akan memberi lebih banyak berita baik.

Beliau berkata, kerjasama daripada pihak media untuk memaparkan berita yang seimbang membantu dalam pelan rasionalisasi syarikat tersebut.

"Sepertimana yang anda semua tahu tahun 2015 sangat menarik dan menacabar kepada kami (1MDB).

"Saya cuba bekerjasama dengan anda semua (media) seperti yang anda nampak, kita ada perancangan untuk melaksanakan pelan rasionalisasi ini dengan baik.

"Terdapat beberapa perkara telah dicapai melalui perjanjian usahasama dengan IPIC, penjualan Edra Sdb Bhd, dan Bandar Malaysia. Sudah tentu tanpa sokongan pelbagai pihak kita tidak dapat melaksanakannya.

Adanya sokongan daripada pihak media dengan laporan yang adil dan seimbang turut membantu menyiarkan berita baik dari kami," katanya dalam sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian jual beli Bandar Malaysia, hari ini.

Menurut Arul, penjualan 60 peratus ekuiti 1MDB dalam Bandar Malaysia juga adalah langkah rasionalisasi yang dirancang pertengahan tahun lalu.

Sidang media yng diadakan 1MDB hari ini menarik perhatian pelbagai agensi berita yang menyifatkan inilah peluang untuk mendapat jawapan daripada persoalan-persoalan yang timbul mengenai syarikat tersebut.

Bagaimanapun, Arul berusaha mengelak untuk menjawab soalan daripada pemberita mengenai hal di luar perkara berkaitan majlis tersebut.

"Kita akan ada sidang yang lain, hari ini kami mahu fokus mengenai perjanjian yang dimeterai," katanya.

Cubaan beberapa media untuk bertanyakn mengenai kedudukan akaun semasa syarikat itu serta dakwaan laporan World Street Journal juga di tepis oleh Arul dengan baik

"Cubaan yang baik, namun bukan di sini (sidang media ini)," katanya sebaik diasak soalan yang sama.

Jual Bandar Malaysia, 1MDB kurangkan hutang lagi

1MDB


KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akui mencapai sasaran pelan rasionalisasinya dalam rangka mengurangkan hutang syarikat milik kerajaan itu dalam tempoh enam bulan yang dijanjikan.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda berkata, ianya tercapai setelah langkah terakhir diambil hari ini dengan penjualan 60 peratus ekuiti Bandar Malaysia kepada konsortium.

"Bagi pelan rasionalisasi ini, kami telah capai apa yang kami sasarkan.

"Dan hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 2015 seperti yang dijanjikan, kami telah mencapai 'final piece of puzzle' dengan menjual Bandar Malaysia dengan secara keseluruhannya jumlah pengurangan hutang sehingga RM12.35 bilion ," katanya pada sidang media selepas Majlis Tandatangan Perjanjian Jual Beli Saham di sini, hari ini.

1MDB menjual 60 peratus ekuiti Bandar Malaysia bersamaan RM7.41 bilion kepada Konsortium iaitu usahasama antara syarikat milik Kerajaan Negeri Johor dan sebuah syarikat mega dari China.

Konsortium yang dikenali sebagai IWH-CREC Sdn Bhd adalah perkongsian awam-swasta antara Konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).

Sebelum ini, 1MDB telah menjual semua asetnya terhadap Edra Global Energy Bhd kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group) untuk RM9.83 bilion.

CGN Group akan membayar dalam tunai, nilai ekuiti RM9.83 bilion dan akan menanggung semua hutang kasar berkaitan dan tunai syarikat operasi Edra, berdasarkan tarikh penilaian pada 31 Mac 2015.

Selain penjualan ekuiti dalam syarikat tenaga Edra, pelan rasionalisasi 1MDB termasuk pelaksanaan pertukaran hutang dengan ekuiti, dengan syarikat pelaburan petroleum dari Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) yang akan mengurangkan hutang 1MDB sebanyak kira-kira RM16 bilion.


Sirul sering diganggu dakwa peguam

Sirul sering diganggu dakwa peguam
Kamarul (kiri) bersama seorang lagi peguam Sirul, Hasnal Rezua Merican‎ ketika sidang media di pejabat mereka, di sini, hari ini.
 
 
KUALA LUMPUR - Sirul Azhar Umar yang kini sedang ditahan pihak berkuasa Australia sering diganggu pihak-pihak tertentu termasuk melalui panggilan telefon sepanjang berada di sana, dedah peguamnya.

Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin berkata, anak guamnya itu turut 'dinasihatkan' agar memecat peguam yang mewakilinya.

"Mungkin soalannya adalah, ada atau tidak orang yang mengganggu Sirul? Kami mendapat maklumat dari Sirul bahawa ada pihak yang cuba untuk menghubunginya.

"Malah ada beberapa orang yang telah datang ke pusat tahanan beberapa kali cuba untuk mendapatkan akses kepadanya tapi sudah tentu, dia menolak untuk bertemu mereka," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mengganggu Sirul.

Menurutnya juga, ada pihak yang berjaya menghubungi Sirul di sana dengan menawarkan pelbagai tawaran 'menarik' untuk anak guamnya itu.

"Kami tahu ada yang telefon daripada luar negara dan kami juga tahu ada pihak yang menawarkan langkah penyelesaian kepada masalahnya untuk membantu dia.

"Dan juga ada saranan agar dia membuang peguamnya yang 'tidak buat kerja dengan baik'. Ini maklumat yang kami terima dari Sirul dan kami ada bukti," katanya.

Beliau juga mendedahkan panggilan kepada Sirul itu turut datang dari negara ini.

Ketika diminta mengulas lanjut, beliau berpendapat cubaan pihak-pihak tersebut mempunyai kepentingan politik.

"Apa yang saya boleh kata, agak ketara bahawa kumpulan-kumpulan tertentu ini yang cuba mendapatkan Sirul mempunyai kepentingan politik terhadap apa yang Sirul akan cakap atau apa yang mereka mahu Sirul cakap.

"Ini pandangan peribadi saya terhadap perkara ini. Saya sedar memang ada pihak yang mempunyai kepentingan politik ini," katanya.

Dalam perkembangan keadaan Sirul di sana yang ditemuinya kira-kira seminggu lalu itu, Kamarul memberitahu Sirul masih dalam keadaan baik dan masih menerima layanan yang baik dari pusat tahanan tersebut.

13 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada Sirul seorang lagi bekas anggota UTK, Azilah Hadri atas kesalahan membunuh Altantuya di Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, Klang antara jam 10 malam 19 Oktober 2006 hingga jam 1 pagi 20 Oktober 2006.

Sirul bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah pada hari keputusan penghakiman diumumkan dan kemudian didapati telahpun berlepas ke Australia, dipercayai pada Oktober tahun lalu.

Kehilangannya menyebabkan Polis Diraja Malaysia terpaksa mendapatkan kerjasama Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menjejaki Sirul.

Interpol kemudian mengeluarkan notis merah sebagai dokumen perisytiharan bahawa lelaki itu diburu untuk ditahan bagi tujuan diekstradisi.

Bagaimanapun dalam kes Sirul, timbul masalah apabila Australia sebagai negara yang bukan sahaja tidak mengiktiraf hukuman mati malahan juga menentang keras hukuman tersebut dijalankan dalam sistem perundangan negara lain.


Rabu, 30 Disember 2015

DIVIDEN ASB RENDAH - INI SEMUA SALAH MAHATHIR!!

shahbudindotcom


 
 
 
Beberapa hari lalu ada penjenguk blog ini yang bertanyakan mengenai dividen dan bonus ASB bagi tahun ini yang mereka dakwa agak lambat diumumkan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, hari ini baru diumumkan oleh PNB bahawa dividen bagi ASB bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 ialah sebanyak 7.25 sen beserta bonus 0.50 sen seunit.

Berdasarkan rekod perbandingan dengan tahun-tahun sebelumnya yang tersebar luas di alam maya, didapati bahawa dividen dan bonus tahun ini adalah yang terendah sejak 1990.

Ini semua adalah salah Tun Mahathir, buat apa dulu diwujudkan ASB, Proton, Lebuhraya Utara Selatan, ERL dan segala macam lainnya?

Disebabkan adanya ASB menyebabkan setiap hujung tahun orangramai hanya sibuk ingin tahu tentang dividen dan bonusnya saja?
 
 
 
 
Bukankah lebih senang jika tiada ASB?

Malah disebabkan adanya Proton, semua masalah dan kerugiannya adalah salah Tun Mahathir.

Disebabkan perjanjian tol dan ERL dibuat ketika Tun Mahathir berkuasa, semua masalah dan beban kenaikan yang berlaku sekarang juga adalah salah beliau.

Dividen dan bonus ASB yang rendah tahun ini dan terendah dalam sejarahnya tidak syak memang salah Tun Mahathir, bukankah lebih baik jika beliau tidak mewujudkannya dulu?

Maka, tiadalah perbandingan tinggi atau rendah dividen serta bonusnya.

Di zaman Najib ini, semuanya salah Tun Mahathir!!


Pulangkan derma RM1.2 juta Taib, kata pemimpin Penan

MALAYSIAKINI


 


Sebelas pemimpin Penan menuntut Universiti Adelaide di Australia supaya mengembalikan sumbangan derma A$400,000 (kira-kira RM1.2 juta) yang dihulurkan oleh Ketua Menteri Sarawak Tun Taib Mahmud.

Surat yang dihantar kepada naib canselor universiti itu, Warren Bebbington ditandatangani mereka dengan menggunakan cap jari.

Mereka mendakwa sumbangan itu harus dikembalikan kepada Sarawak kerana wang itu diperolehi secara haram oleh Taib.

"Apabila Taib belajar undang-undang di Adelaide, dia seorang anak muda yang miskin seperti kita hari ini. Selepas itu, dia mengambil keputusan untuk menjadi ahli politik.

"Tetapi bukan bantu kami penduduk pribumi. Taib jadi tamak dan hanya minat kumpul duit untuk diri sendiri dan ahli keluarganya," petik surat itu yang ditandatangani oleh bekas penghulu Penan James Lalo Keso.

Katanya, segala yang mereka perlukan sebelum ini adalah mencukupi sehingga Taib (kini Gabenor Sarawak) mengadaikan tanah mereka kepada syarikat pembalakan dan perladangan.

"Bukan satu rahsia lagi, bahawa syarikat pembalakan banyak memberikan rasuah kepada Taib dan ahli keluarganya," petik surat itu lagi.

Justeru, pemimpin Penan itu berkata, Bebbington harus "mengambil keputusan berani" dan memulangkan semula sumbangan daripada Taib untuk membetulkan ketidakadilan yang dilakukan selama ini.

"Kita perlu wang ini segera untuk bangunkan Taman Aman Penan dan hantar anak-anak kita ke sekolah dan dapatkan pendidikan tinggi.

"Bagi kamu, A$400,000 tidak banyak, tetapi bagi masyarakat Penan, ini jumlah wang yang boleh bantu mengubah kehidupan generasi muda kami," petik surat itu lagi.

Masyarakat Penan adalah pemburu-pengumpul hasil hutan nomad sehingga hutan khatulistiwa mereka sebahagian besarnya dimusnahkan oleh pembalakan dan perladangan sepanjang tempoh perkhidmatan Taib sebagai Ketua Menteri Sarawak bermula pertengahan 1980-an.

Penduduk pribumi telah sekian lama berjuang untuk melindungi hutan mereka selama hampir 30 tahun. Taman Aman Penan ini adalah cubaan terbaru mereka untuk mengekalkan hutan simpanan yang bakal ditadbir oleh penduduk pribumi.

Sumbangan derma Taib kepada Universiti Adelaide didedahkan oleh wakil rakyat Parti Hijau Australia, Mark Parnell melalui akta kebebasan maklumat negara itu.


Najib pecat khidmat bekas juruaudit 1MDB, dakwa editor WSJ

MALAYSIAKINI


 


Perkhidmatan dua bekas syarikat juruaudit 1MDB - Ernsts & Young dan KPMG - ditamatkan selepas mereka menyoal mengenai usaha sama syarikat pelaburan negara itu dengan PetroSaudi International, kata editor The Wall Street Journal (WSJ) Tom Wright.

"Kedua-dua Ernst & Young dan KPMG dipecat oleh Najib. Mereka mempunyai soalan mengenai perakaunan yang berkaitan dengan cara pelaburan yang berkaitan dengan usah sama dengan PetroSaudi pada 2009.

"Kami tahu mengenainya berdasarkan dokumen dalam draf Laporan Ketua Audit Negara," katanya ketika menjawap soalan dalam talian pada sesi soal jawap hari ini.

Wright disoal mengapa firma audit setakat ini tidak melaporkan sebarang penyelewengan dalam 1MDB.

Ernst & Young adalah juruaudit 1MDB sejak syraikat itu mula beroperasi pada tahun 2009, tetapi telah sama ada berhenti atau ditamatkan perkhidmatnnya pada September 2010 tanpa menandatangani sebarang akaun.

KMPG pula mengambil alih daripada Ernst & Young sehingga Disember 2013, apabila Delloite pula dilantik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggung jawab terhadap pemilihan dan pelantikan juruaudit bagi 1MDB atas sifatnya sebagai Menteri Kewangan. Manakala Kementerian Kewangan adalah pemegang saham tunggal 1MDB.

Najib juga adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Wright adalah seorang daripada dua pengarang laporan WSJ mengenai 1MDB hari ini yang mendedahkan bahawa berdasarkan minit mesyuarat 1MDB, Deloitte ada menerima aduan mengenai penyelewengan tetapi tidak dapat mencari bukti sebarang salah laku.

1MDB dalam kenyataannya hari ini menolak laporan terbaru WSJ yang menurutnya “dakwaan tidak berasas” yang dikitar semula sejak pertengahan 2015.

Hidup rakyat diramal lebih ‘teruk’ pada 2016

 
Kenaikan berterusan kos sara hidup akan menjadikan kehidupan rakyat lebih teruk jika kerajaan gagal bertindak


Mohd-Yusof-Abdul-Rahman_cos_600


PETALING JAYA: Kehidupan rakyat di negara ini diramal akan lebih mencabar pada 2016 kerana kenaikan kos sara hidup yang berterusan terutamanya disebabkan kenaikan harga barangan dan pengangkutan.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata sekiranya tidak ada pemulihan harga minyak dan kejatuhan nilai Ringgit masih berterusan, kehidupan rakyat sebagai pengguna akan menjadi lebih teruk.

“Jika kedua-duanya masih berlaku, memang ia akan menyebabkan keadaan menjadi teruk. Macam mana pemulihan harga minyak itu boleh dinaikkan atau Ringgit itu dapat dipulihkan ia akan memberi kesan kepada pengguna.

“Kerajaan harus mencari langkah-langkah (menyelesaikan) keadaan ekonomi yang berlaku sekarang ini (agar) dapat dipulihkan,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Sehubungan itu, Abdul Rahman turut menggesa agar kerajaan dapat menghentikan sebarang kenaikan kos sara hidup melibatkan rakyat.

“Umpamanya jika tol PLUS meningkat akan beri kesan kepada pengguna, rasionalisasi barang-barang keperluan jika kerajaan laksanakan juga tahun depan sudah tentu memberikan kesan kepada pengguna,” tegasnya.

Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan turut menjangkakan kehidupan pengguna akan lebih mencabar pada 2016 jika kos sara hidup tidak diperbetulkan.

Katanya, untuk mengatasi perkara itu, perlunya ada langkah-langkah tegas dan perancangan yang baik oleh kerajaan untuk mengawal kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

“Pengguna perlu melakukan sesuatu untuk mengatasi semua ini. Kerajaan perlu memberikan kerjasama sepenuhnya dari aspek ketirisan, penjimatan, permudahkan kerja.

“Ia berkait rapat sebenarnya. Jadi kita kena lakukan semua itu bagi mengatasi cabaran yang begitu besar hari ini,” katanya.

Kenaikan mendadak harga barangan dan perkhidmatan berlaku selepas kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus bermula 1 April lalu.

Ia ditambah dengan kenaikan kadar tol beberapa lebuh raya antara bandar pada Oktober lalu dan kenaikan tambang pengangkutan awam berkuatkuasa 2 Disember lalu.

Tahun hadapan, kadar tol lebuh raya PLUS dijangka naik sebanyak lima peratus seperti mengikut perjanjian konsesi. Namun setakat ini, kerajaan belum memberi kata putus.

Lapan lebuh raya tersebut adalah Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Lebuh Raya Link Kedua, Lebuhraya Damansara -Puchong (LDP), Lebuhraya Seremban- Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Selat Klang Utara (NKSB) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).

Tambang ERL pula naik sebanyak RM20 bagi perjalanan sehala kepada RM55 berkuatkuasa 1 Januari 2016.

5 perkara yang ‘NAIK’ pada 2015

 
Semua NAIK! Itu naik! Ini naik! FMT menuras lima perkara yang menandai liputan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.


cost_living_600


1. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

Pada 1 April 2015, kerajaan telah menguatkuasakan GST dengan kadar cukai pengenalan sebanyak enam peratus.

Pelbagai bantahan dan demonstrasi telah dilakukan bagi menolak cukai yang dikatakan akan membebankan rakyat.

2. Pengangkutan Awam

Pada 2 Disember, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan kenaikan harga tambang iaitu sehingga RM7.20 sehala.

Manakala, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) juga mengumumkan untuk menaikkan tambang sebanyak RM20. Namun ia berkuatkuasa pada 1 Januari 2016 ini selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Manakala, tambang bagi perkhidmatan LRT dan Monorel di sekitar Kuala Lumpur juga naik bagi sesetengah kawasan, namun kadar tambang di beberapa stesen kekal dan ada yang turun. Rasionalisasi ini berikutan keputusan Prasarana Malaysia Bhd bertindak menyemak semula struktur tambangnya.

3. Kadar tol naik

Lapan lebuhraya bertindak menaikkan harga tol dengan kenaikan lebih 17 hingga 80 peratus iaitu di antara RM0.20 sen hingga RM3.00 pada 15 Oktober lalu.

Kementerian Kerja Raya berkata, penyelarasan kadar tol hanya melibatkan lebuh raya dalam bandar sahaja.

4. Utiliti

Pada 1 Ogos lalu, kadar tarif air di Johor telah dinaikkan antara RM2.00 dan RM3.00 setiap meter padu bagi kegunaan domestik yang melebihi 20 meter padu dan 35 meter padu sebulan. Perkara itu diumumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Perkara yang sama turut dilakukan oleh negeri Pulau Pinang yang menaikkan kadar tarif air pada hari sama Kerajaan Persekutuan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), 1 April.

5. Darah rakyat ‘NAIK’!

Kenaikan beberapa perkara secara mendadak telah menaikkan kemarahan rakyat di negara ini. Ramai berpendapat kenaikan itu tidak sepadan dengan kualiti dan perkhidmatan yang masih di takuk lama.

Amanah sokong #ShutdownSungaiBesi

 
Salahuddin menyeru seluruh rakyat dan warga prihatin untuk menyokong himpunan aman #ShutdownSungaiBesi.


lim-kit-siang-1mdb


PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) menzahirkan sokongan kepada #ShutdownSungaiBesi, sebuah himpunan tunjuk perasaan secara aman bagi membantah kenaikan kos sara hidup, terutamanya kenaikan kos perjalanan dan pengangkutan.

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata tindakan pemerintah mengizinkan kenaikan kadar tol di lapan lebuh raya dan kenaikan tambang pengangkutan awam menyebabkan rakyat yang sedang dihimpit tekanan ekonomi tersepit tanpa pilihan.

“Mahu tidak mahu, rakyat sebenarnya dipaksa menanggung segala beban ekonomi akibat kegagalan pengurusan kerajaan BN disamping pelbagai skandal ekonomi yang membelit negara.

“Mewakili AMANAH, saya menyeru seluruh rakyat dan warga prihatin untuk menyokong himpunan aman #ShutdownSungaiBesi yang akan berlangsung di Plaza Tol PLUS Sungai Besi pada malam sambutan tahun baru nanti,” kata Salahuddin dalam satu kenyataan yang diterima FMT.

Salahuddin menyeru pengundi supaya berani membuat perubahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang, sebagai mengakhiri kenyataannya.

Menurut penganjur, himpunan aman itu akan diadakan di Plaza Tol Sungai Besi, pada 31 Dis bermula jam 9 malam. Penukaran lokasi dari Jalan Duta ke Sungai Besi itu dibuat kerana lokasinya yang strategik, memudahkan pengendalian kecemasan dan mengambil-kira reaksi keras pihak berkuasa.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur kerana gagal memenuhi keperluan Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Gempa bumi lemah landa Ranau

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah berukuran 3.2 pada skala Richter melanda Ranau, dekat sini, pagi tadi. 
 
Menurut laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi lemah itu direkodkan pada jam 6.17 pagi pada kedudukan 11 kilometer di barat Ranau. 
 
Gegaran itu hanya dirasai sekitar Ranau. 
 
Sehingga kini, hampir 130 gempa bumi susulan direkodkan di Ranau sejak gempa bumi bermagnitud 5.9 yang berpusat dekat Gunung Kinabalu pada 5 Jun lalu.
 
 

Mayat Kapten Hasman ditemui

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Mayat Kapten Hasman Hussin yang dihanyutkan banjir di Missouri, Amerika Syarikat, ditemui kira-kira jam 11 malam waktu Missouri, semalam. 
 
Panglima Tentera Darat, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, ketika dihubungi BH, sebentar tadi mengesahkan perkara itu. 
 
Bagaimanapun, katanya, Angkatan Tentera Malaysia masih menunggu prosedur pihak berkuasa di sana bagi proses pengecaman. 
 
"Berkemungkinan besar ia adalah mayat Kapten Hasman," katanya. 
 
Hasman, 34, yang juga pegawai Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) bersama empat tentera negara lain dilaporkan hilang selepas kenderaan dinaiki mereka dihanyutkan air deras di Missouri, Sabtu lalu. 
 
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, kereta mereka cuba mengharungi laluan dinaiki air sebelum dihanyutkan.
 
 

Lelaki luah kemarahan terhadap JPJ

KYRA ALEGRIA

 

jpj
Lelaki itu kemudian bertindak merakam video berkenaan dan berkongsi pengalaman berjumpa dengan pihak JPJ. 


KUALA LUMPUR,  Video seorang lelaki yang berang dan bertindak memarahi anggota Jabatan Pengangkutan Jalan yang didakwa tidak menjalankan tugas dengan baik tersebar di media sosial.


Video berdurasi 6 minit yang disiarkan oleh Sukan Star TV menerusi facebooknya memaparkan, seorang lelaki meluahkan kemarahan di satu pejabat dipercayai pejabat JPJ dan mendakwa cubaannya menyambung cukai jalan yang tamat tempoh gagal.

Malah katanya, kegagalannya berbuat demikian adalah kerana kereta lama miliknya yang disita oleh JPJ pada 2001 masih digunakan sehingga ke hari ini menggunakan namanya.

Difahamkan, apabila kereta miliknya disita kerana masalah teknikal, rekod pemilikan kreta berkenaan sepatutnya dihapuskan dari sistem.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan mendakwa keretanya masih lagi digunakan oleh individu yang tidak dikenali.

Menurut video itu, selian menanggung kerugian RM78,000, lelaki berkenaan mendakwa dia terpaksa menjelaskan saman daripada kereta yang tidak dketahuinya.

Dia turut mendakwa apabila ditanya kepada pihak JPJ, mereka gagal memberi penjelasan yag munasabah dan menyatakan pihak JPJ tiada kuasa mengenai masalah itu.

Kerana tidak berpuas hati dengan jawapan itu, lelaki itu kemudian bertindak merakam video berkenaan dan berkongsi pengalaman berjumpa dengan pihak JPJ.

Menurut video kedua, lelaki berkenaan mendakwa pengarah JPJ yang ditemuinya enggan membantunya menyelesaikan masalah itu dan memintanya agar tidak memperbesarkan isu itu.

Video yang dimuat naik pada akhir November lalu mendapat 19,000 like dan dikongsi pengguna media sosial lain.

Mahkamah Syariah saja boleh tentukan kes tukar agama

Zikri Kamarulzaman


Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang menolak penukaran agama tiga kanak-kanak oleh bapa mualaf mereka.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi dalam keputusan majoriti berkata Mahkamah Tinggi Ipoh tidak mempunyai bidang kuasa bagi membicarakan penukaran agama tiga anak seorang guru tadika M Indira Gandhi oleh bekas suaminya.

Balia berkata isu sama ada seseorang itu beragama Islam atau tidak adalah di bawah bidang kuasa eksklusif mahkamah syariah.

Bagaimanapun, mahkamah tidak membuat keputusan mengenai penukaran anak sulung pasangan itu kerana dia kini berusia 18 tahun.

Bapa kanak-kanak itu, K Pathmanathan @ Muhammad Ridhuan Abdullah menukar agama ketiga-tiga anak mereka - dua anak perempuan dan seorang anak lelaki - ketika mereka berusia 12, 11 tahun dan 11 bulan pada tahun 2009 tanpa kehadiran ibu mereka dan tiga syarat lain sebagaimana yang dikehendaki mengikut Seksyen 96 Pentadbiran Islam Perak, 2004.

Perayu-perayu hari ini terdiri daripada Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Pendaftar Pertukaran Agama, kerajaan negeri Perak, Kementerian Pendidikan, kerajaan Malaysia dan Patmanathan.

Keenam-enam perayu memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Sivil Ipoh yang membatalkan sijil penukaran agama Tevi Darsiny, Karan Dinish dan Prasana Diksa dan memutuskan bahawa sijil itu adalah tidak sah.

Pada 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberi Muhammad Riduan hak penjagaan ketiga-tiga anaknya itu selepas beliau menukarkan agama mereka kepada Islam.

Mahkamah Tinggi Sivil juga mengisytiharkan bahawa perintah hak penjagaan itu adalah tidak sah dan batal kerana Mahkamah Tinggi Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberi perintah hak penjagaan apabila pihak ibu bukan beragama Islam.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 hari ini memutuskan pengesahan penukaran agama tiga kanak-kanak oleh bapa mualaf mereka, enam tahun lepas hanya boleh ditentukan oleh Mahkamah Syariah.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, mengetuai panel tiga hakim yang dianggotai Hakim Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer dan Datuk Dr Badariah Sahamid, memutuskan perkara berkaitan Islam, isu agama dan sama ada seseorang itu beragama Islam, adalah di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.

"Kami berpendapat perkara berkaitan (penukaran agama) adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah," kata Balia dalam keputusan majoriti dan sependapat dengan beliau adalah Badariah manakala Hamid Sultan menentang.

Panel itu membuat keputusan selepas membenarkan rayuan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak dan dua yang lain, kerajaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan serta bapa mualaf, Muhd Riduan Abdullah, yang sebelum ini dikenali sebagai K Patmanathan.

Keenam-enam perayu itu mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang membatalkan sijil penukaran agama ketiga-tiga anak Muhd Riduan.

Pemandu teksi di Lembah Klang saman SPAD

A AZIM IDRIS

 

teksi-m
Zailani berkata, pemandu teksi di Lembah Klang telah kehilangan kira-kira 60 peratus pendapatan mereka, sejak kemunculan perkhidmatan perkongsian perjalanan yang tidak dikawal selia itu. 


KUALA LUMPUR,  Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang (JBPTLK) hari ini memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Mahkamah Tinggi, bagi mengharamkan perkhidmatan kereta sapu, seperti Uber dan GrabCar di negara ini. 


Peguam, R. Kengadharan yang mewakili kumpulan terdiri daripada 29 persatuan pemandu teksi di Lembah Klang itu berkata, jawatankuasa terbabit juga berusaha menghalang perkhidmatan aplikasi telefon pintar itu daripada menjadi sah.

“Ini (aplikasi) telah menjejaskan periuk nasi mereka (pemandu teksi), kerana terdapat lebih 40,000 daripada mereka yang beroperasi di Lembah Klang,

“Jika perkhidmatan Uber, GrabCar dan Blacklane menjadi sah, punca pendapatan mereka akan terjejas teruk.

“Mereka tidak minta untuk memonopoli industri itu, tetapi tujuan di sini adalah untuk mendapatkan keadilan,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, dekat Jalan Tuanku Abdul Halim, hari ini.

Kengadharan berkata, Seksyen 2 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 tidak merujuk kepada Uber, GrabCar dan Blacklane. 

Kumpulan itu juga memohon pengisytiharan haram terhadap semua perkhidmatan perkongsian perjalanan, selain memohon injuksi kekal bagi menghalang SPAD daripada mengambil sebarang langkah untuk menjadikan perkhidmatan terbabit sah.

“Kami juga meminta ganti rugi am, walaupun ia bukan teras tuntutan itu.

“Mereka (perkhidmatan perkongsian perjalanan) bukan kenderaan komersial, tetapi adalah kenderaan peribadi yang digunakan untuk tujuan komersial dan pemandunya tidak mempunyai lesen ditetapkan.

“Penumpang yang menaiki Uber tidak diberikan perlindungan insurans sewajarnya dan kenderaan yang mereka gunakan tidak melalui pemeriksaan berkala,” katanya. 

Presiden JBPTLK, Zailani Isa Usuludin berkata, pemandu teksi di Lembah Klang telah kehilangan kira-kira 60 peratus pendapatan mereka, sejak kemunculan perkhidmatan perkongsian perjalanan yang tidak dikawal selia itu. 

“Kami mengambil langkah ini untuk mencari keadilan di mahkamah, kerana kami sedang mencari keadilan untuk pemandu teksi yang telah menjadi mangsa SPAD,” katanya.

‘Miskin tak kenal batas kaum’

FERNANDO FONG

TRP123015-3
Lee bersama buku terbitan ketiganya. - Foto TRP/ Daniel Chan


KUALA LUMPUR,  Aktivis sosial veteran, Tan Sri Lee Lam Thye menyeru rakyat Malaysia membentuk sebuah masyarakat dan negara penyayang.


Jelasnya, tiada salahnya menjadi kaya, tetapi pada masa sama, mereka tidak boleh melupakan tanggungjawab sosial masing-masing.

“Saya cuba menjadi teladan dari segi berkhidmat kepada masyarakat.

“Mana-mana segmen masyarakat yang memerlukan bantuan, saya akan pastikan mereka terima bantuan diperlukan tanpa mengira kaum, sejajar konsep 1Malaysia,” katanya.

Beliau yang merupakan bekas ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri DAP berkata, bantuan perlu diberikan kepada semua, kerana kemiskinan tidak mengenal batas perkauamn.

Menurutnya, semua orang boleh menjadi miskin, tanpa mengira bangsa.

Pada masa sama, Lee mengingatkan rakyat bahawa mereka akhirnya perlu membantu diri dengan mengamalkan sikap yang betul. 

“Saya berpegang kepada prinsip bahawa Tuhan tidak akan mengubah nasib, kecuali mereka membantu diri sendiri,” katanya.

Lee yang juga Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) berkata demikian pada majlis pelancaran bukunya “Melalui Mata Saya” di kampus utama Universiti Terbuka Malaysia, hari ini. 

Lee berharap buku ketiganya itu dapat menarik pembaca untuk memahami pemikirannya dan menjadi inspirasi kepada mereka bagi mengikut jejak langkah beliau menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Lee yang mengambil berat tentang kesejahteraan rakyat Malaysia, sering menyumbang dalam bentuk tulisan di surat khabar dan memberi komen mengenai isu-isu semasa. 

“Sejak saya bersara daripada politik pada 1990, saya memainkan peranan aktif, terutamanya dalam aktiviti kebajikan yang sentiasa menjadi sebahagian daripada agenda saya,” katanya. 

Karya terbaru beliau memuatkan 250 tulisan-tulisannya dari 2011 hingga 2015.