Rabu, 30 Disember 2015

Transnasional mahu tambang bas ekspres dinaikkan

MALAYSIAKINI


 


Syarikat bas ekspres terbesar di Malaysia, Konsortium Transnasional Bhd (KTB) merayu kepada kerajaan agar menaikkan kadar tambang setelah lama tertangguh.

"Kos operasi kami meningkat memandangkan kejatuhan nilai ringgit dan kesan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Kos operasi, termasuk penyelenggaraan dan alat ganti, semakin meningkat tetapi kami tidak menyalurkannya kepada pengguna," kata pengarah rusannya, Tan Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh, tanpa mendedahkan sejauh mana kenaikan kos kerana syarikat itu masih lagi menelitinya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena pemeteraian memorandum perjanjian (MoA) Nadicorp Holdings Sdn Bhd dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi penyelidikan aplikasi komersial getah asli terepoksida (Ekoprena) dan getah asli nyah protein (Pureprena) untuk tayar.

Mohd Nadzmi juga Pengerusi Eksekutif Nadicorp, konglomerat beberapa syarikat terlibat dalam pengangkutan bas awam, termasuk KTB.

Pada Mac tahun ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikan tambang bagi perkhidmatan bas ekspres dan teksi.

Bagaimanapun, kerajaan hanya meluluskan kenaikan tambang untuk teksi, dan menangguhkan kenaikan tambang bagi perkhidmatan bas ekspres.- Bernama


Tiada ulasan: