Selasa, 29 Disember 2015

Ahmad Maslan: Tak minat tak perlu marah-marah

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Ahmad Maslan sekali lagi menegaskan bahawa pandangannya berkaitan dua kerja dibuat dalam konteks perniagaan atas talian.

Justeru, katanya, pihak yang tidak berminat tidak perlu melepaskan kemarahan padanya.
“Pandangan asal saya (berkaitan) kerja sedia ada dan perniagaan atas talian.

“Yang minat, kursus, cuba. Yang tak minat tak perlu marah-marah,” kata ketua penerangan Umno itu dalam tweet terbaru.
 
Beliau juga memuat naik laporan Berita Harian dengan judul “MITI syor agensi fokus perniagaan dalam talian”.

Beliau sebelum itu berkata tajuk Astro Awani, media yang melaporkan kenyataan asalnya, bahawa kerajaan galakkan dua kerja itu tidak tepat.

Sementara itu, dalam siri tweet #2Kerja, Ahmad kini mengambil kesempatan mempromosikan perniagaan atas talian yang dibantu oleh kerajaan.

Sebagai contoh, katanya untuk mendapatkan senarai premium dalam laman jualan atas talian terkenal www.alibaba.com memerlukan bayaran RM7,000.

MITI bagaimanapun, katanya, sedia membantu sehingga RM2.5 kepada syarikat kecil dan sederhana yang layak.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) juga membantu menganjurkan kursus berkaitan.

Beberapa gambar kursus berkaitan yang telah dijalankan juga dimuat naik untuk tatapan pihak yang mengikuti Twitternya.

Ahmad menegaskan bahaawa perniagaan atas talian, e-pasaran dan e-dagang harus diambil peluang segera.


Tiada ulasan: