Menteri mesti seorang yang sangat waras, bijak dan tangkas menyelesaikan masalah rakyat dan negara.
PETALING JAYA: Saranan Datuk Ahmad Maslan supaya rakyat melakukan dua kerja untuk menambah pendapatan turut mendapat respon daripada Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.
Beliau berkata, seorang menteri sepatutnya mencari jalan penyelesaian untuk rakyat bukan membuat cadangan yang membebankan lagi rakyat.
“Menteri itu hendaklah seorang yang sangat waras, bijak lagi tangkas menyelesaikan permasalahan rakyat dan negara.
“Jika akal yang bijak dan tangkas tidak diperlukan untuk menjadi seorang ‘pak menteri’, maka apakah kelebihan jawatan itu sehingga diberikan gaji dan pelbagai peruntukan yang istimewa untuknya?, tulisnya di Facebook tanpa menyebut nama menteri berkenaan.
Ahmad Maslan menerusi Twitter telah menjelaskan saranan itu merujuk kepada perniagaan atas talian atau e-commerce yang boleh dilakukan pada sebelah malam atau hujung minggu tanpa menjejaskan pekerjaan utama pada siang hari.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menjelaskan, sudah ramai rakyat Malaysia melakukan dua kerja untuk mencari rezeki yang halal.
Beliau turut memberi contoh dirirnya sendiri yang melakukan tiga kerja – Ahli Parlimen Pontian, Timbalan Menteri dan Ketua Penerangan UMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan