Selasa, 29 Disember 2015

Bergelar Datuk kerana jasa kepada rakyat

 
Malah, Rani Kulup turut mempertahankan Sultan Melaka dari kritikan orang-ramai


rani-kulup_600_1


PETALING JAYA: Aktivis selebriti, Abdul Rani Kulup Abdullah baru-baru ini menerima gelaran Datuk Paduka Mahkota Melaka dari individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka Darul Islam, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah.

Rani, ketika dihubungi pemberita berkata, pengurniaan gelaran itu barangkali hasil perjuangannya membawa isu rakyat dan mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu.

“Saya mendapat gelaran ini, mungkin sebab saya memperjuangkan isu rakyat, mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu, agama dan negara dengan membuat laporan polis apabila sesuatu isu itu dibangkitkan,” kata Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM) itu.

Mengulas lanjut, Rani berkata walaupun individu yang mengelar dirinya sebagai ‘Sultan Melaka’ itu tidak diiktiraf oleh Majlis Raja-Raja, namun beliau menghormati undang-undang yang ada pada insitusi tersebut.

Malah, Rani bingkas membidas pihak yang berani mengkritik ‘Sultan Melaka’ dan pengurniaan gelaran itu tanpa usul periksa.

“Nak kritik tak tahu hujung pangkal, kutuk sana sini, jadi nak kritik ikut sedap mulut, tetapi tak mahu kaji sejarah, saya angap pemikiran mereka (pengkririk) terlalu lemah dan cetek ilmu.

“Sultan Melaka telah diiktiraf dunia, kalau nak tahu cerita sebenar tanya Sultan Melaka, dia boleh tunjuk bukti dan ada sijil pengiktirafan oleh Mahkamah Agung Antarabangsa (ICJ),” katanya.

Nama Rani mulai terkenal kerana jumlah laporan polis yang dibuatnya meliputi pelbagai isu terutamanya berkenaan isu pengguna dan politik. Untuk rekod, beliau telah membuat sekurang-kurangnya 1,000 laporan polis sejak dari tahun 2011.

Tiada ulasan: