Sekeping gambar yang memaparkan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Dr Siti Mariah Mahmud memegang tangan seorang "lelaki" menjadi viral di Facebook sehingga mencetuskan kontroversi.
Dalam
gambar tersebut, Dr Mariah yang mengenakan pakaian berwarna coklat
tersenyum dan mengangkat tangannya sambil dipegang oleh seorang lelaki.
Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Pejuang
Tegar mempersoalkan tindakan Dr Mariah yang juga anggota parlimen Kota
Raja itu dengan berkata:
"Minta penerangan sikit... sejak bila Islam membolehkan
berpegang tangan bukan muhrim... Ahmad Awang (Penasihat Umum AMANAH)
tolong jawab jap".
Tulisan lelaki berkenaan mendapat perhatian orang ramai
antaranya penceramah Wan Ji Wan Hussin dan Anggota Jawatankuasa AMANAH
Aiman Athirah yang memberikan penjelasan berhubung gambar berkenaan.
Menulis di Facebooknya Aiman berkata, lelaki yang bersama Dr Mariah itu merupakan suaminya, Dr Hakim Jaafar.
"Lelaki yang memegang dan mengangkat tangan Dr Siti
Mariah itu adalah Dr Hakim, suami beliau. Saya baru mendapat maklumat
bahawa ada sekelompok sebelah sana yang giat menyebarkan gambar ini
dengan menuduh Dr Siti Mariah sedang berpegangan tangan dengan ajnabi.
Ulang suara... ini adalah suami beliau," tulisnya.
Wan Ji pula berkata: "Pak cik oi, ini suami Dr Mariah la. Namanya Dr Hakim".
Malaysiakini juga sedang cuba mendapatkan komen Dr Mariah berhubung perkara tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan