FERNANDO FONG
Untuk warga emas Mona
Chin, bidang kejururawatan bukan hanya kerjaya tetapi ia adalah
tanggungjawab membantu golongan miskin dan yang memerlukan. - Foto Ihsan
Hope Worldwide Malaysia
KUALA LUMPUR, Untuk warga emas Mona Chin, bidang
kejururawatan bukan hanya kerjaya tetapi ia adalah tanggungjawab
membantu golongan miskin dan yang memerlukan.
Beliau bekerja selama lebih 30 tahun
sebagai jururawat sebelum bersara tetapi apabila meninggalkan pekerjaan
itu, kerja-kerjanya masih belum selesai.
Selepas bersara, Chin, kini 72, mula menggunakan masa dan tenaganya menabur keringat kepada rakyat yang memerlukan.
“Saya tidak bimbang mengenai wang dan gembira dengan apa yang saya lakukan di akhir usia ini.
“Jika saya boleh lakukan perkara ini
hingga ke tahap ini – memberi khidmat dengan belas kasihan,
hormati-menghormati – kehidupan akan menjadi lebih bermakna,” katanya
kepada The Rakyat Post.
Chin
adalah seorang jururawat yang bertugas sebagai pengurus klinik di
Klinik Percuma Sentul di bawah operasi Hope Worldwide Malaysia, yang
ditubuhkan pada 2000 bagi menyediakan ubat-ubatan dan perundingan secara
percuma.
Hope Worldwide Malaysia adalah antara cawangan Hope Worldwide, sebuah badan amal berpangkalan di Amerika Syarikat.
Setakat ini, klinik ini telah menerima lebih daripada 56,000 pesakit kurang bernasib baik yang memerlukan rawatan.
Dilatih di United Kingdom, Chin memulakan
kariernya sebagai jururawat di Hospital Universiti sebelum berpindah
untuk bekerja Hospital Tan Tock Seng, di Singapura.
“15 tahun lalu, saya berada di Kuala
Lumpur untuk melawat abang saya, dan ketika itu saya terlihat iklan di
akhbar yang mencari seorang jururawat terlatih untuk bekerja dengan
pertubuhan kebajikan.
“Membantu golongan miskin dan yang
memerlukan adalah sesuatu yang saya fikir sangat menarik, saya
berpendapat bahawa ini akan menjadi peluang kepada saya untuk memberikan
pertolongan dengan hati yang tidak berbelah bagi,” katanya.
Walaupun usaha Chin tertumpu di Sentul,
kerjanya jelas berdepan isu yang lebih besar iaitu kemiskinan bandar di
Kuala Lumpur, di mana kawasan setinggan didiami oleh rakyat di bawah
paras Indeks Garis Kemiskinan (PLI) terus wujud manakala bilangan orang
yang kehilangan tempat tinggal meningkat sebanyak hampir dua kali ganda.
Beliau berharap sumbangan itu akan
membantu memberi inspirasi kepada orang ramai untuk membantu mereka yang
kurang bernasib baik atas kerelaan mereka sendiri.
“Kesukarelaan untuk kepentingan bersama
boleh bergerak dan mengubah rakyat dengan cara halus seperti cinta, ia
bercakap melalui terus ke hati,” kata Chin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan