Selasa, 29 Disember 2015

PAS saran potong 20% gaji menteri, timbalan menteri

THE MALAYSIAN INSIDER

Dalam menangani cabaran penurunan harga minyak mentah dunia dan kejatuhan nilai ringgit yang bakal memberikan kesan kepada ekonomi negara tahun hadapan, PAS mencadangkan pemotongan 20% gaji menteri dan timbalan menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Disember, 2015. 
Dalam menangani cabaran penurunan harga minyak mentah dunia dan kejatuhan nilai ringgit yang bakal memberikan kesan kepada ekonomi negara tahun hadapan, PAS mencadangkan pemotongan 20% gaji menteri dan timbalan menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Dalam menangani cabaran penurunan harga minyak mentah dunia dan kejatuhan nilai ringgit yang bakal memberikan kesan kepada ekonomi negara tahun hadapan, PAS mencadangkan pemotongan 20% gaji menteri dan timbalan menteri.  
 
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya hari ini berkata, keistimewaan yang diberikan kepada anggota Kabinet, seperti elaun minyak dan tol, serta menggunakan perkhidmatan penerbangan komersial kelas ekonomi  pegawai kerajaan berupaya membantu kerajaan berjimat.

"Potongan gaji sebanyak 20% bagi menteri dan timbalan menteri agar mereka memahami keperitan untuk mencari pendapatan lain dengan bekerja 2 kerja," katanya.

Selain itu, PAS juga menggesa agar saiz Kabinet dikecilkan dan menteri yang menjalankan tugas dengan efisyen atau mengeluarkan kenyataan kontroversi perlu digugurkan.  
 
Tuan Ibrahim juga mencadangkan agar peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri dikaji semula serta menghentikan kewujudan agensi baharu dan syarikat milik kerajaan yang baharu dan mempunyai fungsi bertindih.

Pemimpin PAS itu turut mencadangkan agar Putrajaya mengurangkan perlantikan konsultan luar untuk projek kerajaan dan memasukkan klausa agar tuntutan ganti rugi dapat dibuat sekiranya cadangan yang dibuat konsultan luar tidak mendatangkan hasil.

"Tidak menuntut bajet tambahan untuk 2016. Segala keperluan tambahan perlu ditampung menggunakan kaedah penjimatan dan mengurangkan pembaziran," katanya.

Selain mencadangkan pengurangan kadar GST secara berperingkat termasuk cukai pendapatan bagi mereka yang berpendapatan sederhana, selain menghapuskan cukai itu bagi peralatan persekolahan.

Parti Islam itu juga mencadangkan agar kerajaan meletakkan setiap transaksi dan kontrak yang melibatkan kerajaan pusat secara atas talian, serta mengurangkan perbelanjaan dalam sektor pertahanan.

"Melakukan rundingan semula semua perjanjian yang berat sebelah yang memberi impak kepada pembelanjaan rakyat seperti tol dan pengangkutan awam," katanya.

"Cadangan di atas tidak susah dilaksanakan, yang diperlukan hanyalah keikhlasan, kesungguhan dan komitmen kepada ‘ciri tatakelola kerajaan yang baik’ atau 'good governance'.

"Kepada kerajaan pimpinan Umno, jika hendak membuat cadangan, buatlah cadangan untuk memperbaiki diri sendiri dulu, hentilah retorik dan memberikan nasihat tidak masuk akal kepada rakyat," katanya.

"Dan jangan salahkan orang lain atas kesusahan rakyat kerana tiada lagi yang pernah memerintah negara selain Barisan Nasional (BN) sejak Merdeka."


Tiada ulasan: