PARLIMEN Antara sindiran kasar yang sering dilemparkan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah beliau digambarkan sebagai seorang "penakut" dan "roti canainya tanpa telur".
Namun Datuk Abdul Latiff Ahmad (BN-Mersing) bagaimanapun tidak bersetuju dengan tuduhan liar itu dan menyifatkan Najib sebagai "roti canai dengan telur" kerana keberaniannya melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang menyelamatkan negara dari ketidaktentuan ekonomi dunia.
"Semasa mantan Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) jadi menteri kewangan dan Kubang Pasu (Tun Dr Mahathir Mohamad) jadi perdana menteri, sudah uar-uarkan GST tetapi tak ada semangat politik (nak laksana).
"Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa Pekan (Najib) ini adalah 'roti canai ada telur'. Dia berani.
Adakah Bagan Serai setuju? Ini bukan nasib, ini kebijaksanaan dan kepandaian yang terancang," kata Abdul Latiff di Parlimen hari ini.
Kenyatan Abdul Latiff itu kemudian disambut oleh Dr Noor Azmi Ghazali (BN- Bagan Serai) yang berkata beliau amat bersetuju.
"Saya amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Mersing. Betullah, roti canai ada telur. Ada roti canai tak bertelur.
"Pekan mempunyai keberanian dan kebijaksanaan untuk membuat keputusan yang baik dan adil yang selaras dengan denyut nadi rakyat," kata Noor Azmi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan