KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini membidas semula
kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan
pembentukan Pakatan Harapan umpama 'bas ekspres'.
Ketua Wanitanya, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, pembentukan Pakatan
Harapan tidak dibuat secara 'gopoh' sebaliknya mengambilkira semua aspek
tambahan Pakatan Rakyat sudah lama tidak berfungsi semenjak setahun
yang lalu.
"Sebenarnya sebagai parti pembangkang, kita perlu ada koalisi dan kita
lihat apabila semua bekerjasama, keputusan dan sokongan rakyat itu lebih
padu.
"Jadi Pakatan Rakyat orang kata sudah tidak berkira lebih daripada setahun semenjak krisis Menteri Besar Selangor.
"Jadi apabila kita membentuk Pakatan Harapan ini, bagi saya ia bukan
ditubuhkan secara tergopoh, kerana dulu kita sudah ada satu Pakatan.
Kita hanya hendak meneruskan kerjasama ini," katanya kepada Antarapos
ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Beliau mengulas Abdul Hadi yang menyifatkan pakatan tersebut umpama
‘bas ekspres’ yang tidak mungkin akan sampai ke destinasi sebenar.
Justeru tegas Hadi semalam, PAS tidak akan naik ‘bas’ tersebut kerana
tidak mampu menjayakan matlamat perjuangan parti berkenaan.
Susulan kritikan Hadi itu, Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja itu
berkata, pembentukan Pakatan Harapan turut mengundang parti Islam
Se-Malaysia itu untuk bersama dalam pembentunkan pakatan baru.
Bagaimanapun katanya, disebabkan PAS terlalu cerewet dalam meletak
syarat, akhirnya Pakatan Harapan hanya dibentuk dengan tiga gabungan
parti (Amanah-PKR-DAP) sahaja.
"Jadi mana mungkin kita satu kegopohan sedangkan kita menjemput semua
pihak untuk bersama, mungkin mula-mula Pakatan Harapan hanya ada tiga
parti dulu, kemudian PAS sebenarnya sudah diajak oleh Ketua Pembangkang
(Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) untuk bersama tetapi mereka enggan
bersama," katanya.
"Mereka ada syarat-syarat mereka, jadi dalam kita bekerjasama dalam
negara maju ini, kita tidak boleh meletakkan terlalu cerewet dalam
syarat-syarat supaya apa yang semua kita kehendaki diiukuti.
"Seperti dalam Pakatan Rakyat dulu, kita ada dasar-dasar yang kita
persetujui dan ada perkara yang kita tidak persetujui, jadi kalau kita
hendak orang menyokong dalam perkara yang tidak dipersetujui bersama.
"Maka kita perlu berikan masa kepada mereka untuk berbincang dan
mencari bagaimana jalan keluar dan bagaimanakah sebaiknya supaya Pakatan
itu tidak berpecah," jelasnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan