DETIK DAILY
PETALING JAYA: Parti Amanah Rakyat (Amanah) mula melatah selepas Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membayangkan akan sedia bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN).
Dalam reaksinya, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad menyifatkan ia berbahaya kepada masa depan parti pembangkang kerana ia boleh menggelirukan rakyat.
Mengulas mengenainya, bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata kebimbangan itu bukan setakat menyentap Amanah malah sekutunya, DAP.
“DAP juga tentunya sedang gementar dengan bayangan kerjasama PAS dengan BN kerana kacamata cauvanis nya nampak kerjasama ini sebagai PAS UMNO yang akan memberi kesan buruk kepada Pakatan Rakyat yang sedang berada dalam keadaan terumbang ambing.
“Bagi DAP perkembangan ini adalah kemunduran Malaysia dari politik Malaysian Malaysia yang sedang rancak maju kehadapan,” tulisnya di zamkata.blogspot.com.
Jelasnya lagi, rakyat sudah dapat ramalkan kerjasama antara Pas dan BN dalam pilihan raya akan datang dengan sikap positif pimpinan tertinggi parti itu termasuk Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan.
Selaku Anggota Jawatankuasa Kewangan Negara (PAC) beliau bersedia untuk merashsiakan siasatan terhadap 1MDB sejajar dengan syor Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi.
Terdahulu Abdul Hadi sendiri tidak setuju dengan perbuatan pembangkang mengangkat Plakad ” Mana RM 2.6 B” di Dewan Rakyat yang dianggapnya tidak beradab.
Dari sudut yang lain, Zainuddin atau Zam melihat senario yang berlaku akan melegakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tetapi bukan bermakna ia sesuatu yang positif buat dirinya.
Apapun beliau mengingatkan, bagi mencapai kemenangan cemerlang Najib perlu berundur
sebelum pilihanraya umum akan datang kerana Pas sendiri tidak mahu pimpinan UMNO yang telah tercalar.
“Insya Allah akan berlaku perkembangan positif dalam politik Malaysia untuk pemulihan imejnya dan Insya Allah Tun Mahathir akan dapat menyaksikan pengunduran Najib sebelum pilihanraya akan datang.
“UMNO ada strateginya yang tersendiri bagi mengundurkan pemimpinnya secara terhormat.Sejarah telah membuktikannya,” tulis bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu itu sebelum mengakhiri entrinya.-FMT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan