Jika semalam Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengenakan larangan menari untuk berzikir, hari ini beliau memuat naik pula satu video memperlihatkan aktiviti itu yang dikaitkan dengan Syiah.
Mohd Asri memuat naik video sepanjang 7.23 saat itu ke Facebook kerana yakin ada pihak yang tidak senang akan larangan yang dibuatnya.
“Unit propaganda Syiah pasti tidak bersetuju dengan larangan 'menari untuk berzikir'.
“Mereka suka ajaran-ajaran yang pelik ini masuk ke masyarakat Malaysia supaya apabila aktiviti pelik tarian zikir Syiah dikembangkan nanti masyarakat sudah terbiasa dan tidak akan membantah lagi,” kata Asri.
Menulis di Facebook, Asri mendakwa berdasarkan video 'Syiah berbaju Sunni' akan berjuang mempertahankan amalan yang pelik.
Berdasarkan video, tidak jelas kejadian berlaku bila dan di mana.
Asri semalam dilaporkan berkata tarian bagi tujuan berzikir bercanggah dengan nas-nas syarak dan tujuan pensyariatan zikir.
Jawatankuasa Fatwa Perlis memutuskan perbuatan itu dilarang setelah diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa itu pada 24 dan 25 Ogos lalu.
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan