Sabtu, 31 Oktober 2015

Sekretariat kumpul bukti 7 ahli langgar disiplin

Ahmad Zahid Hamidi
Zahid ketika mempengerusikan Mesyuarat Tertutup Bersama Ketua-Ketua Bahagian Umno Kelantan sempena lawatan kerja sehari hari ini. (dua dari kanan). - Foto Sinar Harian oleh JAZALY AMRY JAAFAR
 
KOTA BHARU - Umno menyerahkan kepada sekretariat parti untuk mengumpul maklumat mengenai dakwaan  tujuh individu yang melanggar disiplin parti.

Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jawatankuasa tersebut akan membawa perkara tersebut ke peringkat tertinggi parti termasuk jawatankuasa disiplin dan majlis tertinggi parti.

"Ini kita serah kepada kebijaksanaan  setiausaha agung untuk mengumpul butiran terperinci mengenai pemimpin tersebut,"katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan pemimpin akar umbi Umno Kelantan di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien (kiri) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tujuh orang ahli Umno sedang dalam pemerhatian Lembaga Disiplin parti untuk dikenakan tindakan, termasuk digantung keahlian berikutan kelantangan mereka mengeluarkan kenyataan buruk terhadap parti itu.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Ku Nan: Kita sudah letih! ]


Tiada ulasan: