Jumaat, 30 Oktober 2015

Lelaki tampar imam didenda RM12,000

 
Hukuman denda sebanyak RM12,000 itu dijatuhkan terhadap Shabir Ahmad Khan selepas mahkamah mendapati laporan psikiatri menunjukkan tertuduh layak dibicarakan.


tampar-iman


PETALING JAYA: Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat menjatuhkan hukuman denda RM12,000 kepada seorang lelaki warga India kerana menampar Imam Masjid Negara, bulan lalu.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Shabir Ahmad Khan, 31, selepas laporan psikiatri menunjukkan tertuduh layak dibicarakan.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh didakwa telah menyebabkan kecederaan terhadap imam berkenaan, Mohd. Zuhairee Mohd. Yatim, 39, di Masjid Negara, Jalan Perdana, Dang Wangi, pada jam 1.30 petang, pada 18 September lepas.

Dia turut didakwa mengganggu perjalanan solat Jumaat dan tinggal lebih masa di negara ini di tempat, waktu dan tarikh sama.

Tiada ulasan: