Jumaat, 30 Oktober 2015

Muhyiddin akan dipecat sebelum Perhimpunan Agung UMNO – Zam

 
75 peratus ketua UMNO bahagian malah ada yang mendakwa 95 peratus telah bersiap sedia bagi menyokong untuk menyingkitkan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO.


zam_muhyiddin_600


PETALING JAYA : Pemimpin UMNO seluruh negara dikatakan sedang berusaha keras untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ahli parti itu sebelum Persidangan Agung UMNO, Disember ini.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin atau Zam mendakwa, kira-kira 75 peratus ketua UMNO bahagian malah ada yang mendakwa 95 peratus telah sedia untuk menyokong menyingkirkan Muhyiddin.

Katanya, Muhyiddin tidak boleh dipecat sebagai Timbalan Presiden kerana beliau dipilih dalam Perhimpunan Agung UMNO tetapi dengan cara memecat keahlian UMNO secara automatik akan menggugurkannya dari jawatan penting itu.

Zam berkata, kenyataan Muhyiddin dalam sebuah forum di Johor baru-baru ini yang menganggap pemimpin UMNO yang menyokong Presiden sebagai pengecut, telah mendorong penyokong-penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi semakin agresif.

“Langkah mencantas Muhyiddin mesti dilakukan sebelum Perhimpuan Agung UMO tidak lama lagi kerana kehadiran Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden mungkin akan menimbulkan kekecohan yang boleh menjatuhkan maruah Najib sebagai Presiden UMNO jika berlaku tindakan provokasi antara kedua pihak.

“Mencantas Muhyiddin juga perlu dilakukan lebih awal supaya bakal Timbalan Presiden UMNO dapat dipromosikan sebelum Perhimpunan Agung UMNO menjelang pilihanraya umum akan datang dan supaya Najib dapat berkuasa sehingga pilihanraya umum itu,” katanya menerusi entri terbarunya zamkata.blogspot.my.

Beliau berkata, pemecatan Muhyiddin akan memberi peluang kepada Najib memperkuatkan kekuatannya dalam parti dan memperbaiki ekonomi negara.

“Tetapi ini belum pasti akan dapat mempastikan pemulihan sokongan orang Melayu kepada UMNO untuk terus bekuasa kerana semangat bahagian dan ahli-ahi UMNO adalah sangat rendah kerana kerosakan imej kepimpinan negara yang sangat parah,” katanya.

Menurutnya, selain daripada Muhyiddin, beberapa orang yang turut merancang untuk menjatuhkan Najib juga bersedia untuk disingkirkan kerana merosakkan imej UMNO walaupun niat mereka yang sebenar adalah mahu menyelamatkan parti.

“Ketua-ketua bahagian UMNO melihat bahawa langkah menyelamatkan kepentingan peribadi Najib adalah perlu untuk kekuatan parti dari menyelamatkan parti untuk kepentingan seluruh rakyat

“Keputusan ini kerana Najib adalah King of Money yang mempunyai pengalaman lama dalam UMNO bahawa Money Is The King,” jelasnya.

Tiada ulasan: