shahbudindotcom
Apa
nak dikata lagi mengenai perlantikan bekas Timbalan Presiden Pas,
Nasharuddin Mat Isa sebagai CEO Yayasan Kesederhaan Global atau GMM
selain mengatakan bahawa ini merupakan tanda Najib Razak memang seorang
pemimpin yang sungguh baik hatinya.
Ini
kerana CEO sebelum ini, Saifuddin Abdullah meletakkkan jawatan itu
sebaik beliau menyertai PKR. Tindakannya meletakkan jawatan tentunya
kerana sedar perlantikannya dahulu memegang jawatan itu adalah kerana
beliau ahli UMNO, parti yang sedang menguasai kerajaan yang Perdana
Menterinya juga adalah daripada UMNO.
Lantaran
itu, apabila menyertai PKR, beliau dengan sukarela mengundurkan diri
kerana merasakan tidak cocok sebagai ahli parti pembangkang memegang
jawatan itu berikutan parti baru pilihannya tiada kaitan apa-apa dengan
UMNO dengan mengetuai kerajaan Pusat.
Namun
Najib kini melantik Nasharuddin yang rasanya masih lagi ahli Pas
menggantikan Saifuddin. Walaupun perlantikan itu adalah hak mutlak Najib
yang mengasaskan penubuhan GMM dan beliau boleh memberinya kepada
sesiapa saja yang dikehendakinya, keutamaan tentunya diharapkan kepada
ahli UMNO juga menggantikannya.
Tetapi
kerana sikap baik hatinya yang luar biasa, Najib tidak memilih pemimpin
atau ahli UMNO atau mana-mana individu tidak berparti yang pro UMNO
untuk jawatan itu, sebaliknya ahli Pas yang sudah tiada jawatan dan
kedudukan jadi pilihannya.
Kasihan
juga kepada ahli dan pejuang-pejuang setia UMNO, tiadakah di kalangan
mereka yang seramai lebih 3 juta itu yang layak menjadi CEO GMM?
Mereka
berpanas berhujan, gigih mempertahankan parti, tidak lupa berkempen dan
mengundi calon pilihan parti ketika pilihanraya dan berhimpun dengan
baju merah untuk menunjukkan sokongan kepada Najib, alih-alih yang "baju
hijau" juga dapat habuan.
Parti
mana agaknya yang diundi oleh Nasharuddin dalam pilihanraya umum yang
lalu dan apakah pula pilihannya dalam pilihanraya umum akan datang,
walaupun selepas dilantik sebagai CEO ini?
Apakah
dengan perlantikan Nasharuddin yang dikenali rapat dengan Hadi Awang
dan Dr Haron Din ini merupakan laluan awal kerjasama politik antara UMNO
dengan Pas?
Siapa lagi agaknya selepas ini ahli daripada parti pembangkang lain yang akan diberikan apa-apa jawatan oleh Najib?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan